UPM Institutional Repository

Retorik sebagai strategi penulisan buku ilmiah dalam Bahasa Melayu


Citation

Mohd Asri, Nurul Fadzlin (2022) Retorik sebagai strategi penulisan buku ilmiah dalam Bahasa Melayu. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Retorik dan penghasilan buku ilmiah yang diterbitkan oleh penerbit di unversiti awam dan institusi kerajaan atau Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) boleh menjadi strategi penulisan dalam proses penerbitan buku ilmiah tetapi tidak mendapat perhatian umum. Malah, kajian tentang retorik dan penerbitan buku ilmiah di negara ini, masih kurang dilakukan dan kurang diberikan tumpuan walaupun genre ilmiah ini berfungsi merekodkan kepakaran dalam bidang yang khusus untuk dikongsikan sebagai keperluan golongan pembaca. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis retorik yang diaplikasikan dalam buku ilmiah berbahasa Melayu yang ada kaitannya dengan strategi penulisan dan menganalisis pengaplikasian retorik dalam buku ilmiah tersebut berpandukan Teori Retorik Moden oleh Enos & Brown (1993). Kaedah pengumpulan data dilakukan dengan membuat pemerhatian secara langsung di Penerbit MAPIM bagi meninjau secara langsung realiti penerbitan buku ilmiah yang berpotensi dipilih sebagai sampel kajian di penerbit ahli MAPIM yang terlibat. Kemudian, kaedah analisis teks digunakan untuk membuat pencerakinan dan analisis mendalam terhadap jenis ayat yang mengandungi pengaplikasian retorik dalam (2) buah buku ilmiah berbahasa Melayu terpilih. Seterusnya, (2) orang penulis buku ilmiah terbitan MAPIM ditemu bual sebagai informan bagi tujuan pengukuhan data analisis. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa buku ilmiah (1) telah mencatat sebanyak 59 (36%) pengaplikasian retorik Deskriptif, 80 (50%) retorik Eksposisi, 21 (13%) retorik Argumentatif dan 2 (1%) retorik Persuasif. Buku ilmiah (2) mencatat sebanyak 152 (60%) pengaplikasian retorik Deskriptif, 52 (21%) retorik Argumentatif, 41 (16%) retorik Eksposisi dan 8 (3%) retorik Persuasif. Dapatan kajian ini selaras dengan objektif utama penerbit ahli MAPIM untuk memastikan produk pengembangan kesarjanaan golongan sasaran dapat ditawarkan melalui buku ilmiah yang berkualiti.


Download File

[img] Text
NURUL FADZLIN BINTI MOHD ASRI - IR.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Authorship
Subject: Academic writing
Subject: Scholarly publishing
Call Number: FBMK 2022 49
Chairman Supervisor: Sharil Nizam bin Sha’ri, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Rohana Alias
Date Deposited: 04 Apr 2023 06:39
Last Modified: 04 Apr 2023 06:39
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99601
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item