UPM Institutional Repository

Patriotisme dalam novel komponen sastera mata pelajaran Bahasa Melayu


Citation

Aziz, Maizatul Akma (2021) Patriotisme dalam novel komponen sastera mata pelajaran Bahasa Melayu. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Patriotisme ialah tingkah laku, semangat dan tindak-tanduk yang menjurus kepada gagasan dan usaha mengawal kepentingan, maruah dan kedaulatan bangsa dan negara dalam pelbagai bidang kehidupan seperti ekonomi, politik, sosial, hubungan antarabangsa, kedaulatan, kebudayaan, agama, keselamatan, undang-undang, dan sebagainya. Generasi muda yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi dapat meningkatkan martabat bangsa dan negara serta menjadi pelengkap kepada kecemerlangan negara. Tujuan kajian ini adalah untuk mengklasifikasi, menganalisis dan merumus novel-novel yang mempunyai elemen patriotisme yang menjadi teks wajib KOMSAS. Kajian dan analisis ini dilakukan bagi mengenal pasti bahawa novel-novel yang dipilih pada peringkat ketiga ini dapat mengisi kelompangan-kelompangan teks wajib terdahulu setelah penukaran teks KOMSAS dilakukan, dalam menyemai unsur patriotisme, yang kesemua pelajarnya berada dalam lingkungan remaja. Sebanyak 20 buah novel yang dikaji yang merangkumi novel tingkatan satu hingga ke tingkatan lima. Metodologi yang digunakan ialah pendekatan kualitatif dengan menggunakan kajian perpustakaan menerusi kaedah bacaan rapi. Kajian ini mengaplikasikan Teori Pengkaedahan Melayu (Hashim Awang) dalam mencapai objektf kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa elemen patriotisme ini hadir dalam novel-novel yang dikaji. Signifikan kajian ialah terbinanya kerangka elemen patriotisme hasil janaan daripada Teori Pengkaedahan Melayu. Terdapat lima elemen patriotisme yang ditemui oleh pengkaji iaitu elemen patriotisme ekonomi, patriotisme budaya, patriotisme pendidikan, patriotisme kesopanan dan kesusilaan serta patriotisme kerohanian. Patriotisme pendidikan serta patriotisme kesopanan dan kesusilaan merupakan elemen patriotisme yang dominan diketengahkan oleh pengarang dalam hasil karya mereka berbanding dengan tiga elemen yang lain. Namun begitu, kesemua elemen ini tidak menyeluruh diketengahkan kerana dipaparkan menerusi unsur-unsur pengajaran dari segi jalan cerita serta watak dan perwatakan dalam novel, bersesuaian dengan Pendekatan Moral, Pendekatan Firasat, Pendekatan Gunaan, Pendekatan Dakwah, Pendekatan Kemasyarakatan dan Pendekatan Seni yang diguna pakai dalam Teori Pengkaedahan Melayu.


Download File

[img] Text
FBMK 2022 10 IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Patriotism in textbooks - Malaysia
Subject: Nationalism and education - Malaysia
Call Number: FBMK 2022 10
Chairman Supervisor: Prof. Madya Nik Rafidah binti Nik Muhamad Affendi, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Editor
Date Deposited: 11 Apr 2023 01:05
Last Modified: 11 Apr 2023 01:05
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99574
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item