Citation
Rosli, Muhammad Nur Akmal
(2022)
Analisis pemikiran dalam retorik penulisan Hikayat Hang Tuah.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti teknik retorik penulisan dan
membincangkan kekerapan penggunaannya dalam Hikayat Hang Tuah. Kajian
ini juga dilakukan untuk menjelaskan teknik retorik penulisan dalam Hikayat
Hang Tuah berdasarkan Teori Retorik Moden (1993) oleh Enos dan Brown.
Matlamat kajian yang seterusnya adalah untuk menganalisis pemikiran penulis
dalam retorik penulisan Hikayat Hang Tuah yang menggambarkan budaya
orang Melayu berlandaskan Model Teras Hati Budi Melayu oleh Hashim Musa
(2008). Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis
teks terhadap keseluruhan bab dalam Hikayat Hang Tuah. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa retorik pemerian merupakan teknik retorik yang paling
dominan diterapkan dalam penulisan Hikayat Hang Tuah, manakala teknik
retorik yang paling rendah ialah teknik retorik pendedahan. Seterusnya, dapatan
kajian menjelaskan bahawa terdapat penerapan lima teknik retorik dalam
penulisan Hikayat Hang Tuah iaitu teknik retorik pemerian, penceritaan,
penghujahan, pemujukan dan pendedahan. Dapatan kajian yang ketiga
merangkumi 26 teras hati budi Melayu yang menggambarkan budaya orang
Melayu. Kajian ini turut mendapati bahawa penulis Hikayat Hang Tuah sangat
kreatif dalam berkarya kerana bahasa yang digunakan sopan dan mudah
difahami serta dapat menarik minat pembaca. Selain itu, penulis hikayat ini juga
telah menerapkan budaya Melayu melalui pemikirannya yang digambarkan
melalui penulisan Hikayat Hang Tuah. Akhir sekali, pemikiran penulis Hikayat
Hang Tuah yang sangat bijak dan kritis dapat menghasilkan sebuah karya kreatif
yang sangat berkualiti. Oleh itu, jelaslah bahawa penerapan retorik penulisan
dan pemikiran tentang budaya Melayu sangat efisien dalam penghasilan Hikayat
Hang Tuah serta menunjukkan bahawa penulis hikayat tersebut sangat arif dan
kreatif dalam penulisannya. Beberapa cadangan telah dinyatakan dalam kajian ini agar dapat menjadi sumber idea kepada pengkaji yang hendak meneruskan
kajian dalam bidang yang sama.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |