UPM Institutional Repository

Budaya dan iklim sekolah sebagai mediator dalam hubungan antara kepemimpinan kolektif dan keberkesanan sekolah rendah Malaysia


Citation

Koundyannan, Thiruchelvan (2021) Budaya dan iklim sekolah sebagai mediator dalam hubungan antara kepemimpinan kolektif dan keberkesanan sekolah rendah Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Keberkesanan sekolah dilihat sebagai penyelesaian terhadap peningkatan akademik dan pencapaian murid dalam kalangan pendidik. Dalam usaha meningkatkan keberkesanan sekolah, pelbagai faktor dikenal pasti dan diurus bagi penambahbaikan. Kebanyakan kajian ilmiah dan teori berkaitan keberkesanan sekolah memberi tumpuan dan perhatian terhadap faktor dalam meneroka penyelesaian terhdap kemajuan pendidikan. Kepemimpinan kolektif, budaya dan iklim sekolah dikenal pasti antara faktor yang penting dalam menentukan keberkesanan sekolah. Kajian ini menentukan tahap kepemimpinan kolektif, budaya sekolah, iklim sekolah dan keberkesanan sekolah rendah serta menentukan perbezaan tahap mengikut jenis sekolah. Selain itu, kajian ini juga menentukan hubungan antara kepemimpinan kolektif, budaya sekolah, iklim sekolah dengan keberkesanan sekolah rendah. Kepemimpinan kolektif, budaya dan iklim sekolah sebagai peramal terhadap keberkesanan sekolah rendah juga ditentukan melalui kajian ini. Kajian ini juga turut menentukan budaya dan iklim sekolah sebagai mediator dalam hubungan antara kepemimpinan kolektif dan keberkesanan sekolah rendah. Akhirnya melalui kajian ini membangunkan model peramal keberkesanan sekolah rendah. Responden dipilih secara rawak berstrata daripada tiga jenis iaitu SK, SJKC dan SJKC di Malaysia. Data melibatkan 1000 responden dianalisis menggunakan SPSS dan dimodelkan melalui perisian AMOS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keberkesanan sekolah, kepemimpinan kolektif, budaya dan iklim sekolah di sekolah rendah berada pada tahap tinggi. Dapatan ini turut menentukan terdapat perbezaan secara signifikan dalam skor min tahap keberkesanan sekolah, kepemimpinan kolektif dan iklim sekolah berdasarkan jenis sekolah melalui ujian ANOVA. Walau bagaimanapun tidak terdapat perbezaan secara signifikan dalam skor min tahap budaya sekolah berdasarkan jenis sekolah. Analisis statistik hubungan juga menunjukkan terdapat kesan langsung secara signifikan bagi kesemua lima laluan. Kepemimpinan kolektif memberi kesan positif secara signifikan terhadap keberkesanan sekolah, budaya sekolah memberi kesan positif secara signifikan terhadap keberkesanan sekolah, iklim sekolah memberi kesan songsang secara signifikan terhadap keberkesanan sekolah, kepemimpinan kolektif memberi kesan positif secara signifikan terhadap budaya sekolah dan kepemimpinan kolektif memberi kesan positif secara signifikan terhadap iklim sekolah. Secara kesimpulannya mendapati sumbangan budaya sekolah adalah paling utama diikuti kepemimpinan kolektif dan iklim sekolah dalam meningkatkan keberkesanan sekolah secara langsung di sekolah rendah. Terdapat perbezaan dalam pengurusan kepemimpinan kolektif, keberkesanan sekolah dan iklim sekolah mengikut jenis sekolah SK, SJKC dan SJKT. Budaya sekolah berperanan sebagai mediator separa dalam hubungan antara kepemimpinan kolektif dan keberkesanan sekolah rendah manakala iklim sekolah tidak berperanan sebagai mediator. Nilai kuasa dua Kappa menunjukkan budaya sekolah memberi kesan yang besar sebagai mediator separa dalam meningkatkan keberkesanan sekolah. Model keberkesanan sekolah ini memberi sumbangan dan pengaruh yang besar terhadap keberkesanan sekolah rendah. Implikasinya kajian menerangkan bahawa budaya dan iklim sekolah adalah entiti yang mempunyai kesamaan. Budaya sekolah lebih dominasi berbanding iklim dalam pengurusan sekolah apabila diurus bersama. Secara keseluruhannya model ini menyumbang sebanyak 74.2 peratus terhadap keberkesanan sekolah rendah di Malaysia. Pihak pentadbiran sekolah perlu memberi perhatian terhadap pengurusan budaya dan iklim sekolah dengan pendekatan yang berbeza dalam meningkatkan keberkesanan sekolah rendah.


Download File

[img] Text
Thesis PhD_Thiruchelvan_GS41668(B5) - IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: School management and organization - Malaysia
Subject: Educational evaluation
Subject: Educational leadership - Malaysia
Call Number: FPP 2021 4
Chairman Supervisor: Profesor Madya Suhaida Abdul Kadir, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Keywords: School effectiveness, collective leadership, school culture, school climate
Depositing User: Ms. Rohana Alias
Date Deposited: 04 Apr 2023 03:43
Last Modified: 04 Apr 2023 03:43
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99415
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item