UPM Institutional Repository

Hubungan antara keprihatinan kerjaya, orientasi matlamat kendiri dan sokongan sosial dengan persepsi kebolehsuaian kerjaya pelajar kolej vokasional di Selangor, Malaysia


Citation

Zahari, Zulhazmi (2021) Hubungan antara keprihatinan kerjaya, orientasi matlamat kendiri dan sokongan sosial dengan persepsi kebolehsuaian kerjaya pelajar kolej vokasional di Selangor, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kemahiran untuk bekerja adalah penting bagi mencorakkan pasaran pekerjaan dalam Revolusi Perindustrian 4.0. Kini, seseorang individu perlu mempunyai kemahiran dalam menyesuaikan diri dengan pekerjaan. Era Revolusi Perindustrian Keempat yang bercirikan teknologi digital dan automasi memerlukan individu yang berkebolehan dan berkemahiran dalam pekerjaan. Walau bagaimanapun, berlaku peningkatan kadar pengangguran dalam kalangan graduan kolej vokasional. Sehubungan itu, kajian berbentuk kolerasi ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara keprihatinan kerjaya, orientasi matlamat kendiri, sokongan sosial, dan kebolehsuaian kerjaya, serta peramal-peramal signifikan kebolehsuaian kerjaya dalam kalangan pelajar tahun akhir program diploma kolej vokasional di Selangor. Kajian kuantitatif ini menggunakan sampel seramai 226 orang pelajar dari lapan kolej vokasional di Selangor yang telah dipilih secara persampelan rawak berstrata daripada kalangan pelajar yang mengikuti bidang pengajian berbeza. Borang soal selidik berskala likert telah digunakan untuk mengumpul data sampel kajian. Statistik deskriptif (min dan sisihan piawai) dan statistik inferens telah digunakan untuk menganalisis data kajian berdasarkan persoalan-persoalan kajian yang telah dibentuk. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kebolehsuaian kerjaya pelajar berada pada tahap yang sederhana (M = 4.16, SP = 0.37). Dapatan menunjukkan bahawa hubungan antara keprihatinan kerjaya terhadap kebolehsuaian kerjaya adalah positif yang kuat (r = 0.536, p < 0.05) manakala orientasi matlamat kendiri (r = 0.401, p < 0.05), dan sokongan sosial (r = 0.451, p < 0.05) terhadap kebolehsuaian kerjaya pelajar-pelajar kolej vokasional adalah positif yang sederhana. Dapatan juga menunjukkan bahawa keprihatinan kerjaya, orientasi matlamat kendiri, dan sokongan sosial adalah peramal-peramal signifikan kebolehsuaian kerjaya dalam kalangan pelajar kolej vokasional di Selangor dengan menyumbang sebanyak 36.5%. Kajian menyarankan agar bahagian Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (PLTV) dengan kerjasama para pendidik dan kaunselor perlu meningkatkan lagi usaha dengan menyampaikan kepentingan kebolehsuaian kerjaya dan turut merangka program yang dapat mengoptimumkan pelaksanaan strategistrategi yang berkaitan dengan aspek keprihatinan kerjaya masa hadapan, orientasi matlamat kendiri, dan sokongan sosial untuk memperkasakan lagi kebolehsuaian kerjaya dalam kalangan pelajar.


Download File

[img] Text
ZULHAZMI BIN ZAHARI - IR.pdf

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Skilled labor - Malaysia
Subject: Vocational qualifications - Malaysia
Call Number: FPP 2021 1
Chairman Supervisor: Mohd Khaizer bin Omar, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Ms. Rohana Alias
Date Deposited: 04 Apr 2023 03:42
Last Modified: 04 Apr 2023 03:42
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99414
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item