Citation
Zahari, Zulhazmi
(2021)
Hubungan antara keprihatinan kerjaya, orientasi matlamat kendiri dan sokongan sosial dengan persepsi kebolehsuaian kerjaya pelajar kolej vokasional di Selangor, Malaysia.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kemahiran untuk bekerja adalah penting bagi mencorakkan pasaran pekerjaan dalam
Revolusi Perindustrian 4.0. Kini, seseorang individu perlu mempunyai kemahiran
dalam menyesuaikan diri dengan pekerjaan. Era Revolusi Perindustrian Keempat yang
bercirikan teknologi digital dan automasi memerlukan individu yang berkebolehan dan
berkemahiran dalam pekerjaan. Walau bagaimanapun, berlaku peningkatan kadar
pengangguran dalam kalangan graduan kolej vokasional. Sehubungan itu, kajian
berbentuk kolerasi ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara keprihatinan
kerjaya, orientasi matlamat kendiri, sokongan sosial, dan kebolehsuaian kerjaya, serta
peramal-peramal signifikan kebolehsuaian kerjaya dalam kalangan pelajar tahun akhir
program diploma kolej vokasional di Selangor. Kajian kuantitatif ini menggunakan
sampel seramai 226 orang pelajar dari lapan kolej vokasional di Selangor yang telah
dipilih secara persampelan rawak berstrata daripada kalangan pelajar yang mengikuti
bidang pengajian berbeza. Borang soal selidik berskala likert telah digunakan untuk
mengumpul data sampel kajian. Statistik deskriptif (min dan sisihan piawai) dan
statistik inferens telah digunakan untuk menganalisis data kajian berdasarkan
persoalan-persoalan kajian yang telah dibentuk. Hasil kajian mendapati bahawa tahap
kebolehsuaian kerjaya pelajar berada pada tahap yang sederhana (M = 4.16, SP =
0.37). Dapatan menunjukkan bahawa hubungan antara keprihatinan kerjaya terhadap
kebolehsuaian kerjaya adalah positif yang kuat (r = 0.536, p < 0.05) manakala orientasi
matlamat kendiri (r = 0.401, p < 0.05), dan sokongan sosial (r = 0.451, p < 0.05)
terhadap kebolehsuaian kerjaya pelajar-pelajar kolej vokasional adalah positif yang
sederhana. Dapatan juga menunjukkan bahawa keprihatinan kerjaya, orientasi
matlamat kendiri, dan sokongan sosial adalah peramal-peramal signifikan
kebolehsuaian kerjaya dalam kalangan pelajar kolej vokasional di Selangor dengan
menyumbang sebanyak 36.5%. Kajian menyarankan agar bahagian Pendidikan Latihan
Teknikal dan Vokasional (PLTV) dengan kerjasama para pendidik dan kaunselor perlu
meningkatkan lagi usaha dengan menyampaikan kepentingan kebolehsuaian kerjaya dan turut merangka program yang dapat mengoptimumkan pelaksanaan strategistrategi
yang berkaitan dengan aspek keprihatinan kerjaya masa hadapan, orientasi
matlamat kendiri, dan sokongan sosial untuk memperkasakan lagi kebolehsuaian
kerjaya dalam kalangan pelajar.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |