UPM Institutional Repository

Pembangunan kit inovasi kata berimbuhan bagi murid sekolah jenis kebangsaan Tamil


Citation

Narayanan, N Siva Perumal (2020) Pembangunan kit inovasi kata berimbuhan bagi murid sekolah jenis kebangsaan Tamil. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Penguasaan kata berimbuhan semakin serius dalam kalangan murid SJKT. Kajian ini bertujuan membangunkan kit inovasi kata berimbuhan untuk mengatasi masalah penguasaan kata berimbuhan dalam kalangan murid SJKT. Tiga objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti keperluan kit inovasi kata berimbuhan dalam bahasa Melayu bagi murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, membangunkan kit inovasi kata berimbuhan dengan menggunakan DDR Richey dan Klein (2007) serta menilai keberkesanan kit inovasi kata berimbuhan bagi murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Kit inovasi ini berperanan sebagai bahan alternatif aktiviti PdPc kata berimbuhan, bahan sokongan tenaga akademik untuk mempelbagaikan teknik pengajaran serta menyediakan pelbagai variasi soalan yang menjurus kepada penguasaan kata berimbuhan. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kajian Reka Bentuk dan Pembangunan (Design and development Research Approach) yang diasaskan oleh Richey dan Klien (2007). Berdasarkan kaedah ini, kajian ini dibahagikan kepada tiga fasa. Fasa pertama melibatkan analisis keperluan yang terdiri daripada tiga bahagian. Bahagian pertama ialah kajian tinjauan yang melibatkan 163 orang murid. Data yang diperoleh dianalisis melalui statistik deskriptif dengan menggunakan perisian Satistical Package for the Social Science (SPSS) versi 25.0. Interpretasi analisis keperluan ini berpandukan nilai min dan sisihan piawai. Bahagian kedua kajian melibatkan ujian penilaian kemahiran kata berimbuhan untuk mengukur tahap penguasaan kata berimbuhan dalam kalangan murid. Bahagian ketiga pula merangkumi temu bual secara separa struktur terhadap ketua panitia bahasa Melayu bagi mendapatkan maklum balas tentang keperluan kepada pembinaan kit inovasi kata berimbuhan. Fasa kedua kajian merangkumi pendekatan Kaedah Fuzzy Delphi (FDM) untuk membangunkan kit inovasi kata berimbuhan berdasarkan pandangan keputusan panel pakar yang terdiri daripada 20 orang pakar. Interpretasi data untuk pendekatan kaedah Fuzzy Delphi berdasarkan penerimaan komponen utama dan elemen kit inovasi oleh panel pakar. Nilai peratusan skor penerimaan diambil kira untuk menentukan kesesuaian seluruh komponen dan elemen dalam kit inovasi. Nilai peratusan harus melebihi 66.7% dan dianggap sesuai serta boleh diimplimentasikan. Fasa terakhir kajian ini ialah fasa penilaian kebolehgunaan kit inovasi kata berimbuhan. Kajian kuasi eksperimen dijalankan terhadap 68 orang murid yang terdiri daripada kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Dapatan keseluruhan fasa pertama menunjukkan bahawa murid dan guru memerlukan kit sokongan berupa bahan alternatif aktiviti PdPc untuk menguasai kata berimbuhan. Dapatan konsensus pakar, dalam fasa kedua menunjukkan kesemua konstruk kit inovasi mencapai kesepakatan pakar iaitu melebihi 66.7%. Dapatan ini menunjukkan terdapat kesepakatan yang baik antara panel pakar dalam pembinaan item kit inovasi. Hasil kajian kuasi eksperimen dalam fasa ketiga pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap skor min pencapaian keseluruhan aspek kata berimbuhan antara murid kumpulan eksperimen dengan murid kumpulan kawalan dalam ujian pasca. Pembangunan kit inovasi kata berimbuhan berupaya meningkatkan penguasaan imbuhan murid SJKT.


Download File

[img] Text
FBMK 2021 39 IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Malay language - Grammar, Comparative and general - Suffixes and prefixes
Call Number: FBMK 2021 39
Chairman Supervisor: Professor Vijayaletchumy a/p Subramaniam, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Rohana Alias
Date Deposited: 13 Feb 2023 07:55
Last Modified: 13 Feb 2023 07:55
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99115
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item