Citation
Narayanan, N Siva Perumal
(2020)
Pembangunan kit inovasi kata berimbuhan bagi murid sekolah jenis kebangsaan Tamil.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Penguasaan kata berimbuhan semakin serius dalam kalangan murid SJKT. Kajian
ini bertujuan membangunkan kit inovasi kata berimbuhan untuk mengatasi masalah
penguasaan kata berimbuhan dalam kalangan murid SJKT. Tiga objektif utama
kajian ini adalah untuk mengenal pasti keperluan kit inovasi kata berimbuhan dalam
bahasa Melayu bagi murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, membangunkan kit
inovasi kata berimbuhan dengan menggunakan DDR Richey dan Klein (2007) serta
menilai keberkesanan kit inovasi kata berimbuhan bagi murid Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil. Kit inovasi ini berperanan sebagai bahan alternatif aktiviti PdPc
kata berimbuhan, bahan sokongan tenaga akademik untuk mempelbagaikan teknik
pengajaran serta menyediakan pelbagai variasi soalan yang menjurus kepada
penguasaan kata berimbuhan. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kajian Reka
Bentuk dan Pembangunan (Design and development Research Approach) yang
diasaskan oleh Richey dan Klien (2007). Berdasarkan kaedah ini, kajian ini
dibahagikan kepada tiga fasa. Fasa pertama melibatkan analisis keperluan yang
terdiri daripada tiga bahagian. Bahagian pertama ialah kajian tinjauan yang
melibatkan 163 orang murid. Data yang diperoleh dianalisis melalui statistik
deskriptif dengan menggunakan perisian Satistical Package for the Social Science
(SPSS) versi 25.0. Interpretasi analisis keperluan ini berpandukan nilai min dan
sisihan piawai. Bahagian kedua kajian melibatkan ujian penilaian kemahiran kata
berimbuhan untuk mengukur tahap penguasaan kata berimbuhan dalam kalangan
murid. Bahagian ketiga pula merangkumi temu bual secara separa struktur terhadap
ketua panitia bahasa Melayu bagi mendapatkan maklum balas tentang keperluan
kepada pembinaan kit inovasi kata berimbuhan. Fasa kedua kajian merangkumi
pendekatan Kaedah Fuzzy Delphi (FDM) untuk membangunkan kit inovasi kata
berimbuhan berdasarkan pandangan keputusan panel pakar yang terdiri daripada 20
orang pakar. Interpretasi data untuk pendekatan kaedah Fuzzy Delphi berdasarkan
penerimaan komponen utama dan elemen kit inovasi oleh panel pakar. Nilai
peratusan skor penerimaan diambil kira untuk menentukan kesesuaian seluruh komponen dan elemen dalam kit inovasi. Nilai peratusan harus melebihi 66.7% dan
dianggap sesuai serta boleh diimplimentasikan. Fasa terakhir kajian ini ialah fasa
penilaian kebolehgunaan kit inovasi kata berimbuhan. Kajian kuasi eksperimen
dijalankan terhadap 68 orang murid yang terdiri daripada kumpulan kawalan dan
kumpulan rawatan. Dapatan keseluruhan fasa pertama menunjukkan bahawa murid
dan guru memerlukan kit sokongan berupa bahan alternatif aktiviti PdPc untuk
menguasai kata berimbuhan. Dapatan konsensus pakar, dalam fasa kedua
menunjukkan kesemua konstruk kit inovasi mencapai kesepakatan pakar iaitu
melebihi 66.7%. Dapatan ini menunjukkan terdapat kesepakatan yang baik antara
panel pakar dalam pembinaan item kit inovasi. Hasil kajian kuasi eksperimen dalam
fasa ketiga pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap skor min
pencapaian keseluruhan aspek kata berimbuhan antara murid kumpulan eksperimen
dengan murid kumpulan kawalan dalam ujian pasca. Pembangunan kit inovasi kata
berimbuhan berupaya meningkatkan penguasaan imbuhan murid SJKT.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |