UPM Institutional Repository

Kehendak remaja muslim berdasarkan pendekatan psikologi Imam Al-Razi dalam novel remaja pilihan karya Abu Hassan Morad


Citation

Abdul Aziz @ Mohd Salleh, Nur Azimah (2020) Kehendak remaja muslim berdasarkan pendekatan psikologi Imam Al-Razi dalam novel remaja pilihan karya Abu Hassan Morad. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk meneliti kehendak watak remaja Muslim yang dominan dalam novel remaja yang bersifat Islam. Terdapat tiga objektif kajian yang ingin dicapai dalam kajian ini. Pertama, menganalisis keperibadian watak remaja Muslim dalam novel-novel yang dikaji. Kedua, menghuraikan kehendak manusia dalam novel-novel yang dikaji. Ketiga, mensintesiskan hubungan antara keperibadian watak remaja Muslim dengan kehendak manusia dalam novel-novel yang dikaji. Kajian ini secara keseluruhan tertumpu kepada empat buah novel karya Abu Hassan Morad, Sejuk-sejuk Pantai, Farhana, Pelangi Senja dan Cucu Tuk Wali. Kajian ini menggembleng Teori Kehendak Manusia Islam Al-Razi yang digagaskan oleh Hanapi Mohd Noor (1998). Kajian ini menekankan lima prinsip teori iaitu al-‘Ubudiyyah (kehendak pengabdian), talab al-Isti’anah (kehendak sokongan), talab Istiqamah (kehendak jalan yang benar), talab al-Hidayah (kehendak pedoman) dan talab al-Ni’mah (kehendak ganjaran). Kajian ini mendapati bahawa terdapat beberapa dapatan penting. Pertama, kajian ini mendapati bahawa watak remaja Muslim mempunyai sifat keperibadian yang baik seperti rajin, sabar, bertanggungjawab, jujur, penyayang dan sebagainya. Kedua, kajian ini mendapati bahawa watak-watak remaja Islam mencapai kehendak-kehendaknya dengan memperagakan nilai-nilai yang dituntut dalam Islam. Ketiga, kajian ini mendapati bahawa watak-watak remaja yang memperagakan keperibadian Islam adalah cenderung untuk memenuhi kehendaknya selaras dengan ajaran Islam. Dapatan ini jelas menunjukkan bahawa keperibadian watak remaja Muslim akan terbentuk dengan betul jika berlandaskan kehendak manusia Islam yang sebenar.


Download File

[img] Text
FBMK 2021 24 - IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Islamic literature - History and criticism
Call Number: FBMK 2021 24
Chairman Supervisor: Halis Azhan bin Mohd. Hanafiah, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 15 Sep 2022 07:21
Last Modified: 15 Sep 2022 07:21
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98708
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item