UPM Institutional Repository

Pembelajaran Analisis Berangka dalam Talian


Citation

Senu, Norazak (2001) Pembelajaran Analisis Berangka dalam Talian. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kemajuan dalam teknologi komputer dan antara muka manusia-komputer telah banyak membuka peluang barn kepada perkembangan pembelajaran berbantukan komputer dan sistem kecerdasan penunjukajar. Malangnya, kebanyakan bahan tersebut hanya dalam bentuk "buku elektronik", di mana pembelajaran masih lagi melalui pembacaan teks dan pemaparan imej dua dimensi. Projek ini telah menghasilkan Makmal Pengiraan Serangka (MPS) yang bersifat interaktif dan sistem pembelajaran yang berasaskan web. Sistem MPS terdiri daripada kalkulator anal isis berangka, nota, tutorial &n beberapa pautan yang membolehkan pelajar mendapatkan maklumat yang berguna. Melalui MPS, pelajar boleh mencapai nota kuliah dalam masa 24 jam sehari, menyelesaikan tutorial bagi menguji kefahaman, dan pada masa yang sama mereka boleh menggunakan kalkulator yang mempunyai ciri penyelesai persamaan, animasi, dan grafik sebagai bahan sokongan pembelajaran serta kemudahan e-mel untuk menerima maklumbalas berkenaan bahan kursus. Kalkulator analisis berangka telah dibangunkan menggunakan Tool Command Language/ Tool Kit (Telffk). Telffk adalah bahasa skrip yang menyokong banyak ciri seperti pembinaan Antara Muka Grafik Pengguna (GUI) yang canggih, aplikasi cross-platform, integrasi fleksibel, aplikasi rangkaian dan aplikasi terbenam (embedded). Pemalam Tel merupakan kemudahan yang membolehkan aplikasi dilarikan atas penyemak seimbas (browser). Melalui kalkulator, pelajar boleh memaparkan dan menambah kefahaman tentang konsep kaedah berangka seperti menyelesaikan Persamaan Linear Serentak, Pembezaan dan Pengamiran Berangka, Interpolasi, Persamaan Tak Linear, Penghampiran Fungsi dan Pemadanan Data dan Persamaan Pembezaan Biasa. Nota analisis berangka dan tutorial disediakan menggunakan LaTeX yang kemudiannya ditukar kepada fail PDF.


Download File

[img] Text
FSAS_2001_18.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Numerical calculations - Computer programs
Subject: Distance education
Call Number: FSAS 2001 18
Chairman Supervisor: Professor Madya Dr. Bachok M. Taib
Divisions: Faculty of Science and Environmental Studies
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 08 Feb 2011 04:00
Last Modified: 05 Mar 2024 09:10
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9461
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item