Citation
Mat Il, Norazlah
(2019)
Unsur pragmatik dalam kapsyen instagram dari sudut wacana.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji unsur pragmatik dalam kapsyen Instagram dari
sudut wacana. Instagram merupakan sebuah aplikasi rangkaian sosial yang telah dicipta
oleh Kevin Systrom dan Mike Krieger dan telah dilancarkan pada Oktober 2010 yang
membolehkan para penggunanya untuk menyimpan gambar dan video mereka secara
digital serta berkongsi kepada pengguna lain. Dalam Instagram kata-kata yang dimuat
naik dan dikongsi dikenali sebagai kapsyen. Oleh itu kajian ini memberikan fokus
kepada unsur pragmatik dalam kapsyen Instagram dari sudut wacana. Objektif kajian
ialah mengenal pasti unsur pragmatik dalam kapsyen Instagram, menghuraikan faktor
penghargaan, kekeluargaan dan keagamaan yang mempengaruhi penggunaan kapsyen
Instagram dari sudut wacana dan menjelaskan faktor paling dominan melalui kapsyen
Instagram berdasarkan faktor penghargaan, kekeluargaan dan keagamaan. Responden
terdiri daripada pengguna bahasa yang mempunyai akaun Instagram. Instagram mereka
akan dikaji melalui kapsyen yang ditulis. Kajian akan dibuat menggunakan pendekatan
teori analisis wacana oleh Brown & Yule (1983). Pendekatan yang digunakan oleh
Brown & Yule (1983) dalam anal isis wacana boleh dibahagikan kepada empat kaedah,
iaitu rujukan, praandaian, implikatur dan inferens. Teori ini digunakan untuk
menganalisis data yang diperoleh secara kualitatif. Teori ini juga berfungsi untuk
meninjau sejauh mana perkaitan penggunaan data yang dianalisis dengan petikan yang
diambil. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat unsur pragmatik dalam setiap kapsyen
instagram yang ditulis. Faktor penghargaan, kekeluargaan dan keagamaan merupakan
faktor yang mempengaruhi kapsyen instagram dan faktor keagamaan merupakan faktor
paling dominan dalam kapsyen Instagram yang dikaji. Hasil kajian ini juga diharap akan
memberikan manfaat kepada setiap pembaca Instagram dan dijadikan sebagai bahan
rujukan dalam kalangan pengguna bahasa sesuai dengan kemajuan dan pembangunan
negara pada masa ini.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |