UPM Institutional Repository

Bahasa antara dalam perbualan penutur bukan Melayu


Citation

Abdul Kadir, Fatin Rabiha (2017) Bahasa antara dalam perbualan penutur bukan Melayu. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Penutur bahasa pertama yang masih belum menguasai bahasa kedua akan menghadapi pelbagai masalah berkomunikasi dengan lancar dan kadang kala berlaku pelbagai salah faham dalam menyampaikan makna sebenar. Bahasa yang terjadi sepanjang peralihan daripada bahasa pertama kepada bahasa kedua ini disebut Bahasa Antara. Kehadiran Bahasa Antara sebagai indikator bahasa penutur menunjukkan kepincangan dan tahap yang lemah dalam kalangan penutur bukan Melayu memberi ruang kepada pengkaji untuk mengkaji fenomena Bahasa Antara dalam aspek perbualan. Kajian ini menyenaraikan tiga objektif, iaitu mengenal pasti Bahasa Antara yang terdapat dalam perbualan penutur bukan Melayu, menganalisis makna Bahasa Antara dalam perbualan penutur bukan Melayu menggunakan pendekatan Pragmatik dan merumuskan kategori Bahasa Antara dalam perbualan penutur bukan Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian dan seramai sembilan orang penutur bukan Melayu dijadikan sampel kajian. Lokasi kajian adalah di Universiti Putra Malaysia. Seterusnya, data perbualan yang dirakam menggunakan alat perakam suara ditranskripsikan dan dianalisis secara kualitatif berdasarkan pemerhatian terhadap proses pembentukan Bahasa Antara yang dinyatakan oleh Selinker. Selanjutnya, perbualan tersebut diinterpretasi berdasarkan teori Relevans. Dapatan analisis mendapati kelima-lima proses pembentukan Bahasa Antara yang dikemukakan oleh Selinker berlaku dalam perbualan dengan menunjukkan kehadiran Strategi Komunikasi, Strategi Pemindahan Bahasa, Pemindahan Latihan, Strategi Pembelajaran dan Generalisasi Terlampau. Di samping itu, melalui teori Relevans (Sperber & Wilson, 1986; 1995), dapatan menunjukkan perbualan yang mengandungi Bahasa Antara mengaplikasikan peranan konsep konteks, kesan konteks dan usaha memproses bagi menginterpretasikan makna yang tidak jelas.


Download File

[img] Text
FBMK 2017 40 - IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay language - Spoken Malay
Subject: Malay language - Second language acquisition
Call Number: FBMK 2017 40
Chairman Supervisor: Prof. Madya Zaitul Azma Zainon Hamzah, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 28 Mar 2022 02:46
Last Modified: 28 Mar 2022 02:46
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/92157
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item