Citation
Dameng, Ausman
(2013)
Variasi struktur al-I'rab dalam buku "al-Kafi fi-Qira'at al-Sab'ah" oleh Imam Ibn Syuraih Al-Ra'iniy.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini merupakan satu kajian mengenai variasi struktur al-I'rab dalam buku "al-Kaf fi al-Qira'at al-Sabah", tulisan Imam Ibn Syuraih al-Ra'iniy (T: 476 II). Objektif kajian ini adalah seperti berikut; menentukan sampel-sampel variasi struktur al-I'rab, membandingkan variasi struktur al-I'rab dari sudut konteks sintaksis, menentukan faktor bagi setiap aspek variasi konteks sintaksis, dan rnenjelaskan ilmu variasi konteks sintaksis, membandingkan variasi struktur al-l 'rab dari sudut konteks semantik, menentukan faktor bagi setiap aspek variasi konteks semantik, dan menjelaskan ilmu variasi konteks semantik. Terdapat dua metodologi yang digunakan dalam kajian ini, iaitu metodologi deduktif dan metodologi analisis. Metodologi deduktif fokus kepada mengenalpasti sampel-sampel variasi struktur al-I'rab. Metodologi ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian kata nama dan bahagian kata kerja. Manakala metodologi analisis fokus kepada menganalisis sampel-sampel variasi struktur al-I'rab. Metodologi ini mempunyai dua bahagian. Bahagian pertama metodologi analasis fokus kepada pembahagian, iaitu membahagikan sampel-sampel variasi struktur al-I'rab kepada kata nama dan kata kerja. Sampel bagi kata nama adalah seperti perkataan yang dibaca dengan al-Rafua dan al-Nasbu [-..::..],al-Rafua dan al-Khafdhu [':"...,...],dan al-Nasbu dan al-Khafdhu [..::.....,...] manakala sampel bagi kata kerja adalah seperti perkataan yang dibaca dengan al-Rafua dan al-Nasbu [..:. ..::..],al-Rafua dan al-Jazmu [.:.. ..:.], dan al-Nasbu dan al-Jazmu [..::....:.]. Bahagian kedua metodologi analisis memfokuskan kepada menganalisis sampel-sampel, pembaca dan pencerita, konteks sintaksis, konteks semantik, dan hasil. Hasil kajian ini adalah seperti berikut; menganalisis sampel variasi struktur al-I'rab scbanyak 187. Daripada 151 sampel kata nama, terdapat 95 sampel perkataan yang dibaca dengan al-Rafua dan al-Nasbu [.:.. ..::..],32 sampel perkataan al-Rafua dan al-Khafdhu [':"...,...]dan 24 sampel perkataan al-Nasbu dan al-Khafdhu [..::.....,...] Kata kerja mempunyai 36 sampel yang terdiri daripada 20 sampel dari perkataan al-Rafua dan al-Nasbu [..:. ..::..], 14 sampel perkataan al-Rafua dan al-Jazmu [..:...:.], dan 2 sampel perkataan al-Nasbu dan al-Jazmu l- ..:.].
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |