Citation
Wahidon, Muhamad Nur Firdaus
(2015)
Penggunaan kata nama dalam penjenamaan produk makanan dan minuman di Malaysia.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Penggunaan bahasa dalam bidang pemiagaan khasnya dalam proses penjenamaan
produk serta nama syarikat amat dititikberatkan oleh setiap peniaga. Bahasa
memainkan peranan yang sangat penting kepada pengusaha makanan dan minuman
agar pengguna dapat memahami mesej yang ingin disampaikan oleh peniaga.
Pemilihan kata nama yang sesuai mampu menjadikan produk mereka diterima
masyarakat bukan sahaja dalam negara ~alah di peringkat antarabangsa.
Dalam kajian ini, pengkaji meneliti penggunaan kata nama dalam penjenamaan produk
makanan dan minuman serta nama syarikat. Kajian memfokuskan penggunaan kata
nama tempatan (bahasa Melayu) dan kata nama asing. Dalam kajian ini, terdapat dua
objektif utama yang akan dihuraikan oleh pengkaji. Objektif pertama, menyenaraikan
jenama produk makanan dan minuman serta syarikat yang menggunakan kata nama
tempatan dan asing. Objektifkedua pula, menganalisis data yang diperoleh berdasarkan
teori segi tiga semiotik yang dipelopori oleh Richard & Ogden (1923).
Hasil kajian mendapati, penggunaan kata nama tempatan dan kata nama asing dalam
proses penjenamaan agak seimbang. Penggunaan kata nama tempatan masih
mendominasi jumlah penjenamaan produk berbanding penggunaan kata nama asing.
Produk yang menggunakan dwibahasa dalam proses penjenamaan didapati semakin
banyak. Penggunaan percampuran kod kata nama tempatan dan kata nama asing juga
agak membimbangkan perkembangan bahasa Melayu. Secara kesimpulannya,
pemilihan kata nama dalam proses penjenamaan produk makanan dan minuman
mempunyai nilai ekonomi bagi peniaga. Penggunaan kata nama yang sesuai dapat
menarik minat pengguna dan seterusnya menjadikan produk yang dihasilkan menjadi pilihan utama sehingga ke pasaran luar khasnya penggunaan kata nama tempatan yang
mempunyai keupayaan nilai ekonomi. Oleh yang demikian penelitian dan usaha yang
berterusan terhadap meningkatkan kesedaran akan kemampuan bahasa Melayu dalam
proses penjenamaan produk makanan dan minuman perlu dipergiatkan. Peniaga atau
pengusaha hams mengutamakan penggunaan kata nama tempatan iaitu bahasa Melayu
berbanding kata nama asing.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |