Citation
Soo, Wee Leng
(1999)
Persepsi Guru Terhadap Ketrampilan yang Diperlukan dalam Pengajaran Elektif Ekonomi Rumar Tangga di Sekolah Menengah Akademik di Negeri Selangor:Satu Tinjauan.
[Project Paper Report]
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menyelidik persepsi guru mengenai ketrampilan
yang diperlukan dalam pengajaran elektif Ekonomi Rumah Tangga di sekolah
menengah akademik di negeri Selangor. Objektif kajian adalah mengkaji
ketrampilan guru terhadap persediaan dan pengajaran, kaedah pengajaran,
pengelolaan dan pentadbiran ERT, sikap terhadap kemahiran profesional dan
mengenal pasti kemahiran yang diperlukan dalam pengajaran secara menyeluruh.
Seramai 68 guru ERT dari 9 daerah di negeri Selangor telah dipilih menjadi
responden. Data kajian dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik yang dikirim melalui pos. Analisis data dijalankan dengan menggunakan perisian The Statistical
Programfor Social Sciences 7.5 (SPSS 7.5). Data dianalisis menggunakan statistik
deskriptif. ujian t dan ujian ANOVA.
Dapatan kajian menunjukkan persepsi guru adalah positif terhadap
persediaan dan pengajaran dan ini adalah satu ketrampilan yang diperlukan dalam
pengajaran ERT. Dari segi kaedah pengajaran ERT, dapatan kajian menunjukkan
responden mementingkan penggunaan pelbagai kaedah dalam pengajaran. Skor
min responden terbadap pengelolaan dan pentadbiran mata pelajaran ERT adalah
tinggi (x.=30.98). Begitu juga sikap responden (x.=34.09) terhadap kemahiran
profesional. Di samping itu dapatan kajian menunjukkan kemabiran yang diperlukan
dalam pengajaran ERT ialah guru perlu memberi rangsangan kepada pelajar (x.=3.55).
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |