UPM Institutional Repository

Faktor peramal persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme dalam kalangan guru bidang sains dan teknologi sekolah menengah kebangsaan kawasan Lembah Klang, Malaysia


Citation

Lo, Yoon Mee (2020) Faktor peramal persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme dalam kalangan guru bidang sains dan teknologi sekolah menengah kebangsaan kawasan Lembah Klang, Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti sejauh manakah wujudnya persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme dalam kalangan Guru Bidang Sains dan Teknologi sekolah menengah kebangsaan kawasan Lembah Klang. Seterusnya, kajian ini turut mengenal pasti sejauh manakah hubungan di antara faktor yang meramal kewujudan persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme tersebut. Kajian kuantitatif ini melibatkan seramai 589 orang guru bidang Sains dan Teknologi yang telah memberi respon lengkap ke atas soal selidik yang mengandungi 67 item seperti diedarkan. Daripada jumlah 589, seramai 376 orang responden telah memberi komen bertulis pada ruangan akhir soal selidik yang dikumpul sebagai pelengkap kepada kajian kuantitatif ini. Instrumen Constructivist Learning Environment Survey (CLES) persepsi guru digunakan untuk menentukan sejauhmanakah wujudnya persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme dalam kalangan Guru Bidang Sains dan Teknologi dalam kelas. Ely’s Eight Conditions (EEC) telah digunakan sebagai faktor peramal dan sumbangan faktor peramal ini kepada tahap kewujudan persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme di dalam kelas sains dan teknologi. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan secara statistikal antara kesemua lapan faktor peramal dan kewujudan persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme (n=589, p<.01). Namun, hanya terdapat tiga faktor peramal menyumbang secara signifikan kepada kewujudan pembelajaran secara konstruktivisme, iaitu “Ketidakpuasan PdP Semasa” (Tol.=.926, VIF=1.080), “Ganjaran dan Insentif” (Tol.=.812, VIF=1.232), dan “Kepemimpinan” (Tol.=.825, VIF=1.212). Tiga faktor penghalang utama yang dikemukakan oleh Guru Bidang Sains dan Teknologi dalam bahagian komen bertulis adalah “faktor masa”, “murid bermotivasi rendah” dan “kurang ketersediaan bahan”. Manakala, tiga faktor utama yang menggalakkan guru bidang Sains dan Teknologi dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme adalah “murid lebih aktif dan seronok”, “kemudahan ICT lebih sempurna” dan “sokongan pentadbir”. “Faktor murid” amat penting dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme dalam kelas sains dan teknologi yang dikemukakan oleh guru bidang Sains dan Teknologi merupakan hasil penerokaan faktor lain dalam kajian ini. Sebagai pelengkap kepada kajian kuantitatif, tiga tema telah dikenal pasti daripada empat orang Guru Bidang Sains dan Teknologi iaitu “Faktor Masa”, “Faktor Kepemimpinan” dan “Faktor Murid” melalui data temu bual. Sesi temu bual antara penyelidik dengan empat orang guru telah dijalankan untuk meneroka secara mendalam faktorfaktor yang menyumbang kepada kewujudan persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme dalam kalangan Guru Bidang Sains dan Teknologi. Kesimpulannya, kajian ini telah berjaya mengenal pasti faktor peramal kewujudan persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme dari sudut persepsi Guru Bidang Sains dan Teknologi sekolah menengah kebangsaan kawasan Lembah Klang. Tinjauan yang lebih mendalam untuk mengenal pasti faktor peramal yang menyumbang kepada kewujudan persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme perlu dijalankan. Seterusnya, faktor lain turut berjaya diterokai dengan pengumpulan komen bertulis dan hasil temu bual yang dikemukakan oleh Guru Bidang Sains dan Teknologi secara bebas mengenai kewujudan persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme dalam bilik darjah.


Download File

[img] Text
FPP 2020 24 - IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Constructivism (Education) - Case studies
Subject: Active learning
Subject: Science - Study and teaching (Elementary) - Malaysia
Call Number: FPP 2020 24
Chairman Supervisor: Prof. Wong Su Luan, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 20 Sep 2021 00:48
Last Modified: 20 Sep 2021 00:48
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90761
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item