Citation
Lo, Yoon Mee
(2020)
Faktor peramal persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme dalam kalangan guru bidang sains dan teknologi sekolah menengah kebangsaan kawasan Lembah Klang, Malaysia.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti sejauh manakah
wujudnya persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme dalam kalangan
Guru Bidang Sains dan Teknologi sekolah menengah kebangsaan kawasan
Lembah Klang. Seterusnya, kajian ini turut mengenal pasti sejauh manakah
hubungan di antara faktor yang meramal kewujudan persekitaran
pembelajaran secara konstruktivisme tersebut. Kajian kuantitatif ini melibatkan
seramai 589 orang guru bidang Sains dan Teknologi yang telah memberi
respon lengkap ke atas soal selidik yang mengandungi 67 item seperti
diedarkan. Daripada jumlah 589, seramai 376 orang responden telah memberi
komen bertulis pada ruangan akhir soal selidik yang dikumpul sebagai
pelengkap kepada kajian kuantitatif ini. Instrumen Constructivist Learning
Environment Survey (CLES) persepsi guru digunakan untuk menentukan
sejauhmanakah wujudnya persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme
dalam kalangan Guru Bidang Sains dan Teknologi dalam kelas. Ely’s Eight
Conditions (EEC) telah digunakan sebagai faktor peramal dan sumbangan
faktor peramal ini kepada tahap kewujudan persekitaran pembelajaran secara
konstruktivisme di dalam kelas sains dan teknologi.
Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan secara
statistikal antara kesemua lapan faktor peramal dan kewujudan persekitaran
pembelajaran secara konstruktivisme (n=589, p<.01). Namun, hanya terdapat
tiga faktor peramal menyumbang secara signifikan kepada kewujudan
pembelajaran secara konstruktivisme, iaitu “Ketidakpuasan PdP Semasa” (Tol.=.926, VIF=1.080), “Ganjaran dan Insentif” (Tol.=.812, VIF=1.232), dan
“Kepemimpinan” (Tol.=.825, VIF=1.212).
Tiga faktor penghalang utama yang dikemukakan oleh Guru Bidang Sains dan
Teknologi dalam bahagian komen bertulis adalah “faktor masa”, “murid
bermotivasi rendah” dan “kurang ketersediaan bahan”. Manakala, tiga faktor
utama yang menggalakkan guru bidang Sains dan Teknologi dalam
mewujudkan persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme adalah “murid
lebih aktif dan seronok”, “kemudahan ICT lebih sempurna” dan “sokongan
pentadbir”. “Faktor murid” amat penting dalam mewujudkan persekitaran
pembelajaran secara konstruktivisme dalam kelas sains dan teknologi yang
dikemukakan oleh guru bidang Sains dan Teknologi merupakan hasil
penerokaan faktor lain dalam kajian ini. Sebagai pelengkap kepada kajian
kuantitatif, tiga tema telah dikenal pasti daripada empat orang Guru Bidang
Sains dan Teknologi iaitu “Faktor Masa”, “Faktor Kepemimpinan” dan “Faktor
Murid” melalui data temu bual. Sesi temu bual antara penyelidik dengan
empat orang guru telah dijalankan untuk meneroka secara mendalam faktorfaktor
yang menyumbang kepada kewujudan persekitaran pembelajaran
secara konstruktivisme dalam kalangan Guru Bidang Sains dan Teknologi.
Kesimpulannya, kajian ini telah berjaya mengenal pasti faktor peramal
kewujudan persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme dari sudut
persepsi Guru Bidang Sains dan Teknologi sekolah menengah kebangsaan
kawasan Lembah Klang. Tinjauan yang lebih mendalam untuk mengenal pasti
faktor peramal yang menyumbang kepada kewujudan persekitaran
pembelajaran secara konstruktivisme perlu dijalankan. Seterusnya, faktor lain
turut berjaya diterokai dengan pengumpulan komen bertulis dan hasil temu
bual yang dikemukakan oleh Guru Bidang Sains dan Teknologi secara bebas
mengenai kewujudan persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme
dalam bilik darjah.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Doctoral)
|
Subject: |
Constructivism (Education) - Case studies |
Subject: |
Active learning |
Subject: |
Science - Study and teaching (Elementary) - Malaysia |
Call Number: |
FPP 2020 24 |
Chairman Supervisor: |
Prof. Wong Su Luan, PhD |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Depositing User: |
Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
|
Date Deposited: |
20 Sep 2021 00:48 |
Last Modified: |
20 Sep 2021 00:48 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90761 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |