UPM Institutional Repository

Kesediaan untuk berubah pengetua sebagai mediator dalam hubungan antara amalan bimbingan, pementoran dan kepemimpinan keusahawanan rakan peningkatan sekolah dengan keberkesanan sekolah


Citation

Padzil, Iskandar (2020) Kesediaan untuk berubah pengetua sebagai mediator dalam hubungan antara amalan bimbingan, pementoran dan kepemimpinan keusahawanan rakan peningkatan sekolah dengan keberkesanan sekolah. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Hasil analisis ujian Model Struktural menunjukkan bahawa terdapat enam hipotesis disokong dan empat hipotesis tidak disokong. Empat hipotesis kesan langsung yang signifikan ialah; a) amalan bimbingan memberi kesan langsung kepada keberkesanan sekolah b) kesediaan untuk berubah pengetua memberi kesan langsung kepada keberkesanan sekolah c) amalan bimbingan memberi kesan langsung kepada kesediaan untuk berubah pengetua dan d) kepemimpinan keusahawanan memberi kesan langsung kepada kesediaan untuk berubah pengetua. Analisis ujian mediator menunjukkan bahawa kesediaan untuk berubah pengetua menjadi mediator separa dalam hubungan antara amalan bimbingan dan keberkesanan sekolah serta mediator penuh dalam hubungan antara kepemimpinan keusahawanan dan keberkesanan sekolah. Hasil analisis model struktural menunjukkan bahawa 25% varians keberkesanan sekolah diterangkan oleh pemboleh ubah bebas kajian iaitu amalan bimbingan, amalan pementoran, kepemimpinan keusahawanan dan kesediaan untuk berubah pengetua. Berdasarkan dapatan kajian, didapati bahawa amalan bimbingan dan kepemimpinan keusahawanan SIPartners+ adalah penting kepada pengetua bagi membangunkan sebuah sekolah yang berkesan dalam konteks kajian ini. Ini memberi gambaran bahawa peranan SIPartners+ sebagai pembimbing kepada pengetua dalam membangunkan sekolah adalah penting dalam konteks pendidikan di Malaysia. Amalan bimbingan SIPartners+ yang berterusan serta berfokus kepada penyelesaian masalah sekolah membantu pihak pengetua dalam mentadbir sekolah secara berkesan. Justeru, bagi memastikan amalan bimbingan SIPartners+ terus diterima dengan baik oleh pengetua demi kelangsungan keberkesanan sekolah, penyeragaman modul khas bimbingan perlu diperkasakan oleh pihak KPM. Selain itu, penerapan program bimbingan yang berfokus kepada permasalahan semasa sekolah juga menjadi indikator utama kejayaan program bimbingan SIPartners+. Dalam konteks kepemimpinan keusahawanan dengan keberkesanan sekolah, kepemimpinan yang berfokus kepada pembangunan sekolah secara berterusan dengan penerapan aspek inovasi menjadi penyumbang kepada keberkesanan sekolah. Kehadiran kesediaan untuk berubah pengetua sebagai mediator memberikan impak yang positif terhadap hubungan kepemimpinan keusahawanan SIPartners+ dengan keberkesanan sekolah. Ini menggambarkan bahawa pelaksana sesuatu perubahan perlu untuk bersedia untuk berubah terlebih dahulu sebelum pelaksanaan sesuatu pembaharuan dalam pendidikan. Oleh itu, dalam memastikan sesuatu dasar, program ataupun polisi baharu dapat diserap dan diterima, penerimaan dan kesediaan untuk berubah pelaksana perlu diambil pertimbangan agar perubahan yang dijalankan berjaya dilaksanakan. Kesimpulannya, kajian ini membuktikan bahawa pelaksanaan program bimbingan SIPartners+ dalam konteks pendidikan Malaysia adalah penting dan perlu diteruskan bagi memastikan peningkatan prestasi sekolah. Tambahan, penerapan kepemimpinan yang berteraskan inovasi, pemikiran kreatif dan kritis dalam pengurusan sekolah mampu membawa sekolah ke arah berprestasi tinggi dan berkesan. Justeru, model akhir dalam kajian ini boleh menjadi rujukan dan penanda aras kepada penyelidikan lain pada masa akan datang dengan berpandukan pemboleh ubah yang dikaji.


Download File

[img] Text
FPP 2020 20 - IR.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Educational leadership - Malaysia
Subject: School management and organization - Malaysia
Subject: Educational change - Malaysia
Call Number: FPP 2020 20
Chairman Supervisor: Profesor Madya Suhaida binti Abdul Kadir, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 15 Sep 2021 12:46
Last Modified: 15 Sep 2021 12:46
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90734
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item