Citation
Padzil, Iskandar
(2020)
Kesediaan untuk berubah pengetua sebagai mediator dalam hubungan antara amalan bimbingan, pementoran dan kepemimpinan keusahawanan rakan peningkatan sekolah dengan keberkesanan sekolah.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Hasil analisis ujian Model Struktural menunjukkan bahawa terdapat enam hipotesis
disokong dan empat hipotesis tidak disokong. Empat hipotesis kesan langsung yang
signifikan ialah; a) amalan bimbingan memberi kesan langsung kepada keberkesanan
sekolah b) kesediaan untuk berubah pengetua memberi kesan langsung kepada
keberkesanan sekolah c) amalan bimbingan memberi kesan langsung kepada kesediaan
untuk berubah pengetua dan d) kepemimpinan keusahawanan memberi kesan langsung
kepada kesediaan untuk berubah pengetua. Analisis ujian mediator menunjukkan
bahawa kesediaan untuk berubah pengetua menjadi mediator separa dalam hubungan
antara amalan bimbingan dan keberkesanan sekolah serta mediator penuh dalam
hubungan antara kepemimpinan keusahawanan dan keberkesanan sekolah. Hasil analisis
model struktural menunjukkan bahawa 25% varians keberkesanan sekolah diterangkan
oleh pemboleh ubah bebas kajian iaitu amalan bimbingan, amalan pementoran,
kepemimpinan keusahawanan dan kesediaan untuk berubah pengetua.
Berdasarkan dapatan kajian, didapati bahawa amalan bimbingan dan kepemimpinan
keusahawanan SIPartners+ adalah penting kepada pengetua bagi membangunkan sebuah
sekolah yang berkesan dalam konteks kajian ini. Ini memberi gambaran bahawa peranan
SIPartners+ sebagai pembimbing kepada pengetua dalam membangunkan sekolah
adalah penting dalam konteks pendidikan di Malaysia. Amalan bimbingan SIPartners+
yang berterusan serta berfokus kepada penyelesaian masalah sekolah membantu pihak
pengetua dalam mentadbir sekolah secara berkesan. Justeru, bagi memastikan amalan
bimbingan SIPartners+ terus diterima dengan baik oleh pengetua demi kelangsungan
keberkesanan sekolah, penyeragaman modul khas bimbingan perlu diperkasakan oleh
pihak KPM. Selain itu, penerapan program bimbingan yang berfokus kepada
permasalahan semasa sekolah juga menjadi indikator utama kejayaan program
bimbingan SIPartners+.
Dalam konteks kepemimpinan keusahawanan dengan keberkesanan sekolah,
kepemimpinan yang berfokus kepada pembangunan sekolah secara berterusan dengan
penerapan aspek inovasi menjadi penyumbang kepada keberkesanan sekolah. Kehadiran
kesediaan untuk berubah pengetua sebagai mediator memberikan impak yang positif
terhadap hubungan kepemimpinan keusahawanan SIPartners+ dengan keberkesanan
sekolah. Ini menggambarkan bahawa pelaksana sesuatu perubahan perlu untuk bersedia
untuk berubah terlebih dahulu sebelum pelaksanaan sesuatu pembaharuan dalam
pendidikan. Oleh itu, dalam memastikan sesuatu dasar, program ataupun polisi baharu
dapat diserap dan diterima, penerimaan dan kesediaan untuk berubah pelaksana perlu
diambil pertimbangan agar perubahan yang dijalankan berjaya dilaksanakan.
Kesimpulannya, kajian ini membuktikan bahawa pelaksanaan program bimbingan
SIPartners+ dalam konteks pendidikan Malaysia adalah penting dan perlu diteruskan
bagi memastikan peningkatan prestasi sekolah. Tambahan, penerapan kepemimpinan
yang berteraskan inovasi, pemikiran kreatif dan kritis dalam pengurusan sekolah mampu
membawa sekolah ke arah berprestasi tinggi dan berkesan. Justeru, model akhir dalam
kajian ini boleh menjadi rujukan dan penanda aras kepada penyelidikan lain pada masa
akan datang dengan berpandukan pemboleh ubah yang dikaji.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Doctoral)
|
Subject: |
Educational leadership - Malaysia |
Subject: |
School management and organization - Malaysia |
Subject: |
Educational change - Malaysia |
Call Number: |
FPP 2020 20 |
Chairman Supervisor: |
Profesor Madya Suhaida binti Abdul Kadir, PhD |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Depositing User: |
Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
|
Date Deposited: |
15 Sep 2021 12:46 |
Last Modified: |
15 Sep 2021 12:46 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90734 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |