UPM Institutional Repository

Konsep kendiri, efikasi kendiri dan kepastian kerjaya sebagai peramal kemahiran kebolehkerjaan pelajar program kejuruteraan kolej vokasional di Selangor, Malaysia


Citation

Bakry, Nurul Shazwani (2019) Konsep kendiri, efikasi kendiri dan kepastian kerjaya sebagai peramal kemahiran kebolehkerjaan pelajar program kejuruteraan kolej vokasional di Selangor, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kemahiran kebolehkerjaan merupakan antara kemahiran yang penting dan perlu diberi keutamaan oleh majikan untuk mendapatkan pekerja. Maklum balas dari pihak majikan menunjukkan kurangnya kemahiran kebolehkerjaan dalam kalangan pelajar yang mengakibatkan kesukaran kepada mereka untuk bekerja dalam pasaran industri di Malaysia. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji faktor-faktor peramal yang mempengaruhi kemahiran kebolehkerjaan pelajar program kejuruteraan di kolej vokasional di Selangor. Kajian ini ialah penyelidikan kuantitatif dengan pendekatan deskriptif yang berbentuk kolerasi. Kaedah ini digunakan bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran kebolehkerjaan pelajar di samping mengkaji hubungan antara kemahiran kebolehkerjaan pelajar tersebut dengan faktor-faktor peramal konsep kendiri, efikasi kendiri dan kepastian kerjaya. Kajian ini melibatkan 303 orang responden yang terdiri daripada pelajar Tahun 1 Diploma Vokasional Malaysia (DVM) yang berusia 18 tahun dan pelajar Tahun 2 DVM yang berusia 19 tahun di kolej vokasional dalam negeri Selangor. Pensampelan yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah pensampelan rawak berstrata berkadaran (proportional stratified random sampling). Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap kemahiran kebolehkerjaan, tahap konsep kendiri, dan tahap kepastian kerjaya pelajar kolej vokasional berada pada tahap sederhana tinggi. Manakala tahap efikasi kendiri berada pada tahap tinggi. Wujud hubungan positif sederhana antara konsep kendiri dan efikasi kendiri dengan kemahiran kebolehkerjaan. Manakala kepastian kerjaya tiada hubungan signifikan dengan kemahiran kebolehkerjaan. Kajian menunjukkan faktor konsep kendiri dan efikasi kendiri menjadi faktor utama dalam mempengaruhi dan meningkatkan kemahiran kebolehkerjaan pelajar kejuruteraan kolej vokasional di Selangor. Bagi mencapai sasaran program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), tahap kemahiran kebolehkerjaan pelajar perlu berada pada tahap yang tinggi bagi membolehkan mereka bersaing dalam pasaran industri yang mencabar dan dinamik.


Download File

[img] Text
FPP 2020 12 IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Self-perception - Case studies
Subject: Self-efficacy
Subject: Employability
Call Number: FPP 2020 12
Chairman Supervisor: Mohd Hazwan Mohd Puad, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 27 Aug 2021 01:14
Last Modified: 27 Aug 2021 01:14
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90645
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item