UPM Institutional Repository

Penguasaan Pemahaman Membaca di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat di Dua Buah Sekolah Menengah di Kajang,Selangor


Citation

Abdul Aziz, Siti Hajar (1998) Penguasaan Pemahaman Membaca di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat di Dua Buah Sekolah Menengah di Kajang,Selangor. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini telah dijalankan di kalangan pelajar tingkatan empat di dua buah sekolah menengah di Kajang, Selangor. Kajian ini melibatkan 135 orang pelajar pelbagai kaum, aliran Sains dan Sastera, lelaki dan perempuan dan daripada pelbagai tingkat pendapatan dan tahap pendidikan ibu bapa. Kajian ini bertujuan untuk melihat keadaan sebenar tahap penguasaan pemahaman membaca di kalangan pelajar yang dikaji di sekolah-sekolah tersebut Kajian ini menggunakan enam bahan teks atau petikan, iaitu tiga bahan jenis naratif dan tiga bahan jenis keterangan. Untuk setiap petikan, terdapat dua belas soalan yang dibina mengikut pemeringkatan taksonomi Barrett (1972). Pelajar dikehendaki menjawab setiap soalan, dan dinilai mengikut skima pemarkahan yang telah disediakan. Secara keseluruhan, hasil kajian menunjukkan memang terdapat tahap-tahap tertentu dalam penguasaan pemahaman membaca di kal angan pelajar. Daripada 135 orang pelajar yang dikaji, hanya lima orang (3.7%) mendapat tahap cemerlang, 74 orang (54.8%) mencapai tahap baik, dan 47 orang (34.8%) mencapai tahap memuaskan. Sembilan orang (6.7%) pelajar berada pada tahap lemah. Min skor bagi pel ajar yang mengambil ujian pemahaman ini ialah 60.5.


Download File

[img] PDF
FPP_1998_67_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay language - Composition and exercises - Ability testing
Subject: Malay language - Composition and exercises - Study and teaching (Secondary) - Selangor - Kajang
Call Number: FPP 1998 67
Chairman Supervisor: Dr. Rahil bt. Hj. Mahyuddin
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 05 Jan 2011 01:51
Last Modified: 05 Jan 2011 01:53
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9063
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item