Citation
Abdul Aziz, Siti Hajar
(1998)
Penguasaan Pemahaman Membaca di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat di Dua Buah Sekolah Menengah di Kajang,Selangor.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini telah dijalankan di kalangan pelajar tingkatan empat di
dua buah sekolah menengah di Kajang, Selangor. Kajian ini melibatkan
135 orang pelajar pelbagai kaum, aliran Sains dan Sastera, lelaki dan
perempuan dan daripada pelbagai tingkat pendapatan dan tahap
pendidikan ibu bapa. Kajian ini bertujuan untuk melihat keadaan sebenar
tahap penguasaan pemahaman membaca di kalangan pelajar yang dikaji
di sekolah-sekolah tersebut Kajian ini menggunakan enam bahan teks atau petikan, iaitu tiga
bahan jenis naratif dan tiga bahan jenis keterangan. Untuk setiap petikan,
terdapat dua belas soalan yang dibina mengikut pemeringkatan taksonomi
Barrett (1972). Pelajar dikehendaki menjawab setiap soalan, dan dinilai
mengikut skima pemarkahan yang telah disediakan.
Secara keseluruhan, hasil kajian menunjukkan memang terdapat
tahap-tahap tertentu dalam penguasaan pemahaman membaca di
kal angan pelajar. Daripada 135 orang pelajar yang dikaji, hanya lima
orang (3.7%) mendapat tahap cemerlang, 74 orang (54.8%) mencapai
tahap baik, dan 47 orang (34.8%) mencapai tahap memuaskan. Sembilan
orang (6.7%) pelajar berada pada tahap lemah. Min skor bagi pel ajar yang
mengambil ujian pemahaman ini ialah 60.5.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
Subject: |
Malay language - Composition and exercises - Ability testing |
Subject: |
Malay language - Composition and exercises - Study and teaching (Secondary) - Selangor - Kajang |
Call Number: |
FPP 1998 67 |
Chairman Supervisor: |
Dr. Rahil bt. Hj. Mahyuddin |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Depositing User: |
Laila Azwa Ramli
|
Date Deposited: |
05 Jan 2011 01:51 |
Last Modified: |
05 Jan 2011 01:53 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9063 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |