UPM Institutional Repository

Penggunaan teori rangkaian motor pembelajaran kemahiran menulis dalam proses mengarang Bahasa Melayu murid tahun lima


Citation

Mat Zain, Fazilah (2019) Penggunaan teori rangkaian motor pembelajaran kemahiran menulis dalam proses mengarang Bahasa Melayu murid tahun lima. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kemahiran mengarang merupakan kemahiran yang kompleks kerana melibatkan kemahiran kognitif dan psikomotor. Kajian ini menggunakan Teori Rangkaian Motor Pembelajaran Kemahiran Menulis (TRMPKM) yang merangkumi empat motor pembelajaran, iaitu, Motor Perancangan, Motor Logik, Motor Memori dan Motor Tindakan. Empat motor ini saling berkait dan penting semasa proses penghasilan karangan, iaitu, ketika memahami cara otak menerima, menapis, menggabungkan, dan menggunakan pembelajaran fungsi otak semasa menghasilkan karangan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji proses, strategi dan masalah kemahiran menulis dalam aktiviti mengarang murid Tahun Lima berdasarkan TRMPKM. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, iaitu, teknik pengumpulan data melalui kaedah temu bual, pemerhatian serta analisis dokumen yang dihuraikan secara deskriptif terhadap lima orang peserta kajian di sebuah sekolah rendah di Kuantan. Dapatan kajian ini dibincangkan berdasarkan tiga peringkat proses mengarang iaitu, Pramengarang, Semasa Mengarang serta Pascamengarang. Proses mengarang melibatkan kemahiran membaca dan memahami soalan, menggarisi klu, merujuk informasi, merangka draf karangan, penaakulan idea, mengikut format, menulis struktur karangan, memastikan karangan mempunyai kohesi dan koheren, yang dikawal oleh pengetahuan dan pengalaman ketika menyemak dan membetulkan karangan. Strategi mengarang pula terdiri daripada merancang masa, menyenaraikan isi-isi tersurat dan isi-isi tersirat, membina atau mengolah ayat, latih tubi amalan menulis serta memberikan fokus sepanjang proses mengarang berlaku. Kajian ini juga menemukan isu tentang masalah mengarang murid pada setiap motor pembelajaran, iaitu, masalah daripada aspek merancang masa, sukar mengungkap idea tersirat, kekurangan idea, tidak menyemak, serta tidak membetulkan kesalahan aspek tatabahasa. Kesimpulannya, kajian ini mendapati proses dan strategi mengarang memerlukan penguasaan keempat-empat motor pembelajaran kemahiran menulis dengan baik. Kajian ini merumuskan bahawa jika salah satu motor pembelajaran tidak dikuasai, maka penghasilan karangan akan terjejas, iaitu, hasil sesebuah karangan kurang menarik atau tidak lengkap. Pengetahuan tentang motor pembelajaran sebenarnya dapat meningkatkan kecekapan menulis karangan. Kajian turut membuktikan bahawa TRMPKM dapat memberi kefahaman yang jelas kepada guru tentang proses kognitif murid semasa mengarang. Kefahaman tentang teori ini dapat membantu guru merancang dan melaksana pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Hal ini dibuktikan dengan kelima-lima peserta kajian dapat mencapai tahap yang baik dalam keempat-empat motor pembelajaran mengarang seperti mana yang digagaskan oleh TRMPKM.


Download File

[img] Text
FPP 2020 5 - IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Malay language - Study and teaching (Elementary)
Subject: Malay language - Writing
Call Number: FPP 2020 5
Chairman Supervisor: Shamsudin bin Othman, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 25 Aug 2021 01:17
Last Modified: 04 Oct 2024 02:19
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90607
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item