Citation
Ismail, Sharifuddin
(1996)
Persepsi Kaunselor Terhadap Keberkesanan Kursus Dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Maktab-Maktab Perguruan.
[Project Paper Report]
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat persepsi kaunselor-kaunselor yang pernah menghadiri kursus dalam perkhidmatan di
maktab-maktab perguruan mengenai keberkesanannya. Kajian ini
di tumpukan kepada lapan aspek kursus iaitu tujuan kursus, proses
perancangan kursus, kegunaan kursus, kualiti pengajar kursus,
objektif kursus, bidang kursus, strategi pengajaran dan
pembelajaran dan akhir sekali penilaian kursus.
Soal selidik digunakan untuk mengumpul data mengenai persepsi
responden terhadap setiap aspek kursus. Borang-borang soalselidik
telah dikirim kepada 120 guru-guru kaunseling sekolah-sekolah
rendah dan menengah melalui Guru Besar atau Pengetua sekolah
masing-masing di seluruh Negeri Sembilan sahaja. Sebanyak 72
borang yang lengkap diisi telah dipulangkan dalam tempoh yang
ditetapkan.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |