Citation
Subramaniam, Vijayaletchumy
(2000)
Pemerolehan bahasa di kalangan kanak-kanak Melayu.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ilmiah ini dijalankan dengan tujuan mengenalpasti perkembangan
pemerolehan bahasa di kalangan kanak-kanak Melayu. Kajian ini melihat
pemerolehan bahasa di kalangan kanak-kanak Melayu pada setiap pemeringkatan
USIa.
Pemerhatian dilakukan ke atas 32 orang kanak-kanak bangsa Melayu yang
mencakupi empat tahap pemeringkatan pemerolehan bahasa. Tempat kajian kanakkanak
tersebut ialah di Taman Asuhan Kanak-kanak Mardi, Serdang. Kajian ini
menggunakan kaedah pemerhatian ke atas aspek-aspek pemerolehan dan kecekapan
berbahasa kanak-kanak. Bahan-bahan berupa gambar digunakan untuk aktiviti
bercerita yang bertujuan merangsang kanak-kanak bertutur. Ujaran kanak-kanak ini
dirakam dan dianalisis oleh penyelidik. Dapatan daripada pemerhatian tersebut adalah hasil daripada proses seperti
temubual yang berlaku secara dirancang dan tidak dirancang. Kanak-kanak sudah
dapat menguasai aspek fonologi, morfologi, dan sintaksis pada peringkat menjelang
tatabahasa dewasa dan peringkat kecekapan penuh. Manakala pada peringkat awal
pemerolehan bahasa yang melibatkan kanak-kanak 0:5 bulan hingga 5:0 tahun,
didapati kanak-kanak tersebut dapat mengujarkan peraturan bahasa dalam bahasa
Melayu dengan mudah.
Hasil kajian menunjukkan bahawa kecekapan kanak-kanak menguasai kata
nama adalah berdasarkan kepada kata yang selalu di gunakan di rumah. Kanak-kanak
hanya akan menggunakan kata yang mudah dan ketara daripada pemerhatian mereka.
Pemerolehan kata nama kanak-kanak tidaklah berlaku secara sewenang-wenangnya.
Dalam proses pemerolehan ini, kanak-kanak selalu menggunakan strategi
simplifikasi( permudahan) bagi menggambarkan makna yang telah mereka kuasai.
Kajian ini turut mencadangkan beberapa perkara penting yang merangkumi
aspek-aspek pembelajaran kanak-kanak di peringkat prasekolah, dan peranan yang
dapat dimainkan oleh ibu bapa sewaktu kanak-kanak berada di peringkat awal
pemerolehan bahasa. Sesungguhnya semua pihak yang terlibat dalam pendidikan
adalah bertanggungjawab untuk memperkembangkan potensi diri kanak-kanak dalam
kecekapan bahasa. Cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam kajian merupakan cadangan
untuk para guru, ibu bapa dan kepada pihak-pihak yang terlibat dengan pendidikan
prasekolah, iaitu penggubal sukatan pelajaran dan penerbit buku. Semua pihak adalah
bertanggungjawab dalam memberi perhatian dan rangsangan kepada kanak-kanak
untuk memastikan tahap penguasaan bahasa mereka terus berkembang selaras dengan
perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |