UPM Institutional Repository

Hubungan antara strategi pengajaran guru, penglibatan pelajar dan sokongan sosial dengan kecekalan pelajar meneruskan pengajian dalam bidang sains pertanian di kolej vokasional, Malaysia


Citation

Mohamed, Nurul Farhana (2019) Hubungan antara strategi pengajaran guru, penglibatan pelajar dan sokongan sosial dengan kecekalan pelajar meneruskan pengajian dalam bidang sains pertanian di kolej vokasional, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Dasar Pertanian Negara Pertama sehingga Ketiga (1984-2010) menyasarkan melalui bidang pertanian dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi bagi negara sekaligus dapat bersaing di peringkat global (Dasar Pertanian Negara, 2010). Cabaran utama untuk merealisasikan dasar ini memerlukan tenaga kerja yang mahir serta mempunyai latar belakang pertanian yang kukuh. Malangnya, peratusan pelajar yang memilih bidang ini sebagai kerjaya dan menjadikannya pilihan untuk menyambung pelajaran adalah sangat rendah. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi tahap kecekalan pelajar meneruskan pengajian dalam bidang Sains Pertanian berdasarkan aspek strategi pengajaran guru, penglibatan pelajar dan sokongan sosial yang diterima oleh pelajar. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah rekabentuk tinjauan. Data kajian diperolehi melalui instrumen soal selidik daripada 159 orang responden dari tiga buah Kolej Vokasional yang dipilih melalui teknik persampelan secara rawak. Data dianalisis menggunakan bantuan perisian SPSS. Analisis deskriptif digunakan untuk mendapatkan min, sisihan piawai, frekuensi dan peratusan. Selain itu, analisis inferensi menggunakan ujian-t tak bersandar untuk mengenalpasti perbezaan antara strategi pengajaran guru, pekali kolerasi Pearson digunakan untuk mengenalpasti hubungan antara penglibatan pelajar, sokongan sosial dengan kecekalan pelajar untuk meneruskan pengajian dalam bidang Sains Pertanian. Manakala, ujian regresi pelbagai digunakan untuk menentukan hubungan faktor pemboleh ubah peramal iaitu strategi pengajaran guru, penglibatan pelajar dan sokongan sosial dengan tahap kecekalan pelajar.


Download File

[img] Text
FPP 2019 33 UPM IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Teaching
Subject: Education - Experimental methods
Subject: Learning, Psychology of
Call Number: FPP 2019 33
Chairman Supervisor: Profesor Madya Abdullah Mat Rashid, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Editor
Date Deposited: 30 Aug 2021 00:33
Last Modified: 30 Aug 2021 00:33
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/85554
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item