UPM Institutional Repository

Perkembangan doktrin puisi berdasarkan artifak Kongzi Shilun


Citation

Chen, Lan Fong (2019) Perkembangan doktrin puisi berdasarkan artifak Kongzi Shilun. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Artifak yang berbentuk jalur buluh telah ditemui hasil daripada aktiviti penggalian di sekitar pekan Jingzhou atau Jingmen, Wilayah Hubei pada tahun 1994 dan kini dipamerkan di Muzium Shanghai. Antara penemuan artifak tersebut termasuklah Kongzi Shilun yang mempunyai ciri-ciri artifak peninggalan pertengahan atau akhir Zaman Negeri-negeri Berperang. Ia terdiri daripada 29 jalur buluh yang berbentuk koleksi teks klasik Cina dan merupakan ulasan paling awal ditemui di bidang sastera yang mengandungi koleksi puisi Cina yang paling terdahulu iaitu Shijing. Kongzi Shilun telah menjadi tumpuan ahli falsafah dan pemikir yang terbilang. Ia merupakan penemuan baru yang dapat membantu dalam memahami ajaran Kongzi mengenai Shijing, meneliti isu-isu kritikan sastera mengenai Shijing yang tergantung selama ini. Ia juga merupakan bahan tinjauan lanjutan terhadap karya-karya peninggalan turun temurun terutamanya dari segi penerangan terperinci berkenaan ulasan terhadap tema puisi Shijing. Penemuan Kongzi Shilun dapat mencetuskan idea-idea mengenai teoriteori dan pemikiran baharu dalam kajian selanjutnya. Kajian terhadap Kongzi Shilun dapat memberikan penjelasan terperinci terhadap isu-isu tersebut. Justeru, hasil kajian ini adalah usaha untuk membuktikan isu-isu berbangkit dalam perkembangan doktrin puisi tentang Kongzi Shilun dari era Pra-Qin hingga zaman Dinasti Han. Kajian tinjauan ke atas pengarang Kongzi Shilun dan pemikiran tentang transkripsi dijalankan dengan membuat perbandingan dengan karya-karya peninggalan turun temurun seperti Maoshi preface dan Lunyu. Hasil penemuan kajian dilakukan melalui kaedah penghayatan teks dan semua hasil dapatan kajian dianalisis secara sistematik. Berdasarkan penemuan kajian juga turut membuat kesimpulan logikal tentang pengarang Kongzi Shilun dan perkembangan seterusnya doktrin puisi berdasarkan Kongzi Shilun dari era Pra-Qin hingga zaman Dinasti Han.


Download File

[img] Text
FBMK 2019 56 ir.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Poetry, Chinese - 20th century - History and criticism
Subject: Doctrine and Covenants stories
Call Number: FBMK 2019 56
Chairman Supervisor: Ser Wue Hiong, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: Kongzi Shilun; Shijing; Maoshi preface; Kongzi; The doctrine of poetry
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 21 Apr 2021 03:54
Last Modified: 30 Dec 2021 03:49
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/85365
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item