UPM Institutional Repository

Giliran bertutur dalam bual bicara radio tempatan


Citation

Che Soh, Nur Amirah (2020) Giliran bertutur dalam bual bicara radio tempatan. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian giliran bertutur dalam bual bicara radio tempatan dilakukan bertujuan untuk membincangkan ambilan giliran bertutur yang berlaku di antara peserta perbualan. Perbualan disifatkan sebagai wacana yang tidak terancang kerana berlaku secara spontan tanpa adanya teks ataupun skrip. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kajian wacana perbualan dalam radio ini berlaku secara semula jadi. Namun demikian, perbualan dalam bual bicara radio yang berlaku secara semula jadi ini sering kali berlakunya celahan, pertindanan dan gangguan semasa berbicara yang perlu dititikberatkan kerana perbualan dalam media elektronik mudah menjadi tatapan umum. Oleh hal yang demikian, objektif kajian ini ialah mengenal pasti giliran bertutur dalam bual bicara radio tempatan yang dikaji, menjelaskan aspek pengambilan giliran berdasarkan sistem kesopanan dalam bual bicara radio tempatan yang dikaji dan menganalisis pola pengambilan giliran bertutur dalam bual bicara radio tempatan yang dikaji. Dalam kajian ini, sebanyak enam rakaman perbualan radio segmen Usrah Nurani, Destinasi yang disiarkan menerusi radio IKIMfm. Keenam-enam data perbualan ini akan ditranskripsi dengan menggunakan Glossary of Transcript Symbols with an Introduction oleh Jefferson (2004) dan dianalisis berdasarkan analisis kandungan teks dengan menggunakan Teori Pengambilan Giliran Liddicoat (2011) dan Sistem Kesopanan Scollon, Scollon dan Jones (2012). Aspek giliran bertutur yang akan dibincangkan dalam kajian ini ialah penutur semasa memilih penutur berikutnya, pemilihan diri sendiri sebagai penutur semasa dan penutur semasa meneruskan perbualan. Manakala sistem kesopanan yang akan dihuraikan dalam kajian ini ialah Sistem Kesopanan Penghormatan, Sistem Kesopanan Kebersamaan dan Sistem Kesopanan Hierarki. Dapatan kajian menunjukkan ketiga-tiga giliran bertutur berlaku dalam bual bicara radio begitu juga dengan ketiga-tiga sistem kesopanan tersebut. Oleh itu, kajian bual bicara radio ini menunjukkan kepentingan untuk mematuhi giliran bertutur dalam perbualan bukan sahaja khusus kepada peserta bual bicara malah kepada masyarakat secara umumnya.


Download File

[img] Text
FBMK 2020 46 ir.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Radio talk shows
Call Number: FBMK 2020 46
Chairman Supervisor: Profesor Madya Ahmad Mahmood Musanif, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 23 Apr 2021 01:28
Last Modified: 30 Dec 2021 07:03
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/85147
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item