UPM Institutional Repository

Persepsi pelajar universiti terhadap plagiat melalui penggunaan ICT dari segi konsep, faktor dan karakteristik pelajar yang memplagiat


Citation

Tan, Tien Cheat (2011) Persepsi pelajar universiti terhadap plagiat melalui penggunaan ICT dari segi konsep, faktor dan karakteristik pelajar yang memplagiat. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Plagiat atau ciplak merupakan satu perlakuan yang tidak beretika. la dilakukan oleh seseorang yang mengakui hasil karya orang lain sebagai hasil karya sendiri. Masalah ini bukanlah satu masalah yang baharu dalam kalangan pelajar khususnya pelajar universiti. Bagaimanapun akhir-akhir ini ia menjadi semakin serius dan literatur menunjukkan ia ada perkaitan dengan peningkatan penggunaan internet. Dengan itu, kajian ini bertujuan untuk (i) mengenal pasti sejauh mana pelajar universiti memahami konsep plagiat melalui penggunaan ICT, (ii) mengenal pasti persepsi pelajar universiti terhadap faktor yang mendorong kepada pelajar memplagiat melalui penggunaan ICT dari aspek kesedaran, sikap peribadi, kemudahan internet, keyakinan diri dan tekanan serta (iii) mengenal pasti persepsi pelajar universiti terhadap karakteristik pelajar yang memplagiat melalui penggunaan ICT dari segi motivasi, kesediaan dan' pendekatan pembelajaran. Seramai 377 orang pelajar Bacelor Pendidikan tahun akhir dari sebuah universiti tempatan telah dipilih. Kajian ini menggunakan kaedah deskriptif dengan pengumpulan data melalui borang soal selidik yang telah diubahsuai daripada Biggs, Kember, dan Leung (2001), Sheard, Markham, dan Dick (2003), Marshall dan Garry (2005), Smith, Noorlaila Ghazali, dan Siti Fatimah Noor Minhad (2007), Akbulut et al. (2008) serta Wang (2008). Nilai kebolehpercayaan instrumen di antara .73 hingga .94. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan perisian SPSS 17.0 (Statistical Packages For Social Sciences, version 17.0) bagi mendapatkan min, sisihan piawai, frekuensi serta peratusan. Ujian-t juga dijalankan untuk mengenal pasti perbezaan antara motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik serta pendekatan pembelajaran mendalam dan pendekatan pembelajaran permukaan. Didapati terdapat 61.2% pelajaruniversitimemahami61.5%-100% konsepplagiat. Ini menunjukkanbahawakefahaman pelajar universiti terhadap konsep plagiat melalui penggunaan leT masih kurang memuaskan. Bagaimanapun dapatan ini hanya bergantung kepada skor purata sahaja. Persepsi pelajar universiti terhadap faktor yang mendorong kepada pelajar memplagiat melalui penggunaan leT seperti faktor kesedaran (M = 2.90, SP = 0.517), sikap peribadi (M = 2.79, SP = 0.548), keyakinan diri (M = 2.84, SP = 0.607) dan tekanan (M = 2.89, SP == 0.513) berada pada tahap yang sederhana manakala faktor kemudahan internet (M == 3.10, SP = 0.450) berada pada tahap yang tinggi. Seterusnya, persepsi pelajar universiti terhadap karakteristik pelajar yang memplagiat rnelalui penggunaan leT dari segi motivasi (M = 2.44, SP = 0.364), kesediaan (M = 2.49, SP == 0.447) dan pendekatan pembelajaran (M = 2.54, SP == 0.416) adalah pada tahap yang sederhana. Pelajar universiti berpersepsi bahawa pelajar yang memplagiat mempunyai karakteristik yang cenderung terhadap motivasi ekstrinsik, kesediaan yang sederhana dan pendekatan PM dalam pembelajaran mereka. Implikasi, kajian ini menunjukkan bahawa pelajar universiti perlu diberikan kesedaran mengenai konsep plagiat melalui penggunaan leT agar mereka memahami konsep ini sepenuhnya.


Download File

[img] Text
FPP 2011 44 ir.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Plagiarism
Subject: College students - Attitudes
Subject: Plagiarism - Computer network resources
Call Number: FPP 2011 44
Chairman Supervisor: Profesor Wan Zah Binti Wan Ali, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 14 Apr 2021 03:06
Last Modified: 31 Dec 2021 01:44
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/85036
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item