Citation
Abd Hamid, Muhammad Faizul
(2019)
Wacana kritis kredibiliti kerajaan Malaysia dalam teks ucapan Belanjawan 2019.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Satu unsur penting yang membentuk teks ucapan belanjawan adalah ciri linguistiknya. Oleh
itu, teks ucapan Belanjawan 2019 dilihat sebagai wadah yang digunakan oleh Pakatan Harapan untuk
membentangkan strateginya tersendiri bagi menggambarkan hala tuju pentadbiran kerajaan baharu pada
tahun yang akan datang, iaitu tahun 2019. Kajian ini turut berpandangan bahawa wacana belanjawan
merupakan satu cara bahasa dimanifestasikan dalam “dunia nyata” oleh kerajaan untuk menonjolkan
kredibiliti kepada khalayak. Oleh itu, bagi memahami kredibiliti yang terselindung di
sebalik teks ucapan ini, taksonomi analisis wacana kritis Fairclough (2005, 2007, 2013) telah
dijadikan pegangan. Teks ucapan Belanjawan 2019 dianalisis secara kualitatif berdasarkan
tiga objektif utama iaitu (i) mengenal pasti ciri-ciri tekstual, (ii) menjelaskan amalan wacana dan
(iii) menghuraikan praktis sosial yang tersembunyi di sebalik binaan ciri-ciri tekstual dan
amalan wacana dalam teks ucapan Belanjawan 2019. Analisis dimensi tekstual menjurus
kepada struktur generik, transitiviti dan modaliti. Manakala, analisis dimensi amalan
wacana melibatkan interpretasi jenis interdiskursiviti dan intertekstualiti. Dimensi terakhir
merupakan rumusan praktis sosial kredibiliti yang dipertalikan melalui ciri-ciri tekstual
dan amalan wacana. Data yang dikaji merupakan teks Belanjawan 2019 berbahasa Melayu dan telah
dimuat turun melalui portal rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) –
http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ucapan/ub19.pdf. Dapatan kajian mendapati bahawa struktur
generik teks yang dibina amat sesuai dengan fungsi ucapan Belanjawan 2019. Dominasi penggunaan
transitiviti ayat aktif perbuatan dan modaliti secara langsung telah memperlihatkan bahawa
pewacana ingin menonjolkan kredibiliti kerajaan yang diwakilinya dalam teks ucapan kepada
khalayak. Selain itu, percampuran teks dengan teks-teks lain telah
memperlihatkan gaya ucapan kerajaan yang telus dan tidak kontroversi. Kolaborasi beberapa
jenis wacana lain juga telah menonjolkan hubungan dialektikal pewacana dengan khalayak.
Akhir sekali, perkaitan antara ciri tekstual dan amalan wacana dala
ncerminkan praktis
sosial kerajaan yang berkredibiliti.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |