UPM Institutional Repository

Sumbangan kursus etika dalam pembentukan tingkah laku bakal pengamal media di sebuah universiti awam


Citation

Subiamanian, Saraswathy (2018) Sumbangan kursus etika dalam pembentukan tingkah laku bakal pengamal media di sebuah universiti awam. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sumbangan ciri-ciri kurikulum kursus etika terhadap pembentukan tingkah laku etika bakal pengamal media. Tingkah laku etika bakal pengamal media dikaji menerusi ukuran dimensi moral penaakulan, emosi, dan tindakan dalam profesion mereka. Kursus etika pula dilihat berdasarkan empat komponen seperti dinyatakan dalam Model Tyler (1949) iaitu objektif, kandungan, pendekatan, dan pentaksiran. Reka bentuk kajian ini bersifat deskriptif dan menggunakan pendekatan kajian kes yang hanya melibatkan sebuah pengajian tinggi terpilih. Kajian ini mengumpul data melalui pendekatan soal selidik, temu bual dan analisis dokumen. Seramai 120 orang responden temu bual telah dipilih di Universiti Sains Malaysia dan peserta kajian temu bual juga dipilih secara bertujuan. Penganalisian dokumen dijalankan terhadap rangka kursus, objektif kursus, sinopsis, hasil pembelajaran, kaedah penilaian, contoh soalan pentaksiran, jadual kuliah bacaan. Dokumen-dokumen tersebut menjelaskan pendekatan pengajaran, nota kuliah serta kepakaran tenaga pengajar bagi mengkaji secara lanjut ciriciri kurikulum kursus etika yang menyumbang kepada pembentukan tingkah laku etika bakal pengamal media. Data analisis dokumen menunjukkan bahawa ciri-ciri kurikulum kursus etika dalam program komunikasi dan media di Universiti Sains Malaysia lebih terarah kepada Model Tyler (1949). Berdasarkan perspektif dan pandangan pelajar, didapati bahawa, sumbangan setiap ciri-ciri kurikulum kursus etika terhadap pembentukan tinfgkah laku etika bakal pengamal media adalah tinggi (Min=3.12, SP=0.72). Sumbangan ciri-ciri kurikulum pentaksiran dan kandungan kursus etika adalah tertinggi (Min=3.17) berbanding yang lain. Manakala sumbangan ciri-ciri kurikulum kursus etika adalah tinggi dalam pembentukan tingkah laku etika saksama oleh bakal pengamal media pula mencatatkan (Min=3.13, SP=0.73). Corak sumbangan ciri-ciri kurikulum kursus etika terhadap pembentukan tingkah laku etika adalah pelbagai seperti tinggi, sederhana dan rendah. Corak kepelbagaian sumbangan ini menyumbang kepada kepekaaan terhadap penulisan dan pemaparan etika menerusi kesedaran tentang tanggungjawab pengamal media. Antara ciri-ciri sumbangan pelbagai aspek kurikulum kursus etika berkenaan pembentukan tingkah laku etika ialah, kaitan objektif dengan pembelajaran, penterjemahan etika profesion, huraian etika profesion yang mendalam, kepelbagaian bahan bantu mengajar, serta pentaksiran secara analisis. Melalui hasil kajian ini, pencapaian serta kelemahan ciri-ciri kurikulum kursus etika dalam program komunikasi dan media di Universiti Sains Malaysia dapat ditentukan serta diperbaiki pada masa akan datang.


Download File

[img] Text
FPP 2019 36 ir.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Social media - Moral and ethical aspects
Subject: Digital media - Moral and ethical aspects
Subject: Journalistic ethics
Call Number: FPP 2019 36
Chairman Supervisor: Nur Surayyah Madhubala Abdullah, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 24 Feb 2021 00:55
Last Modified: 31 Dec 2021 07:31
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/84591
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item