UPM Institutional Repository

Keberkesanan pendekatan euritmik Dalcroze untuk meningkatkan koordinasi menyanyi dan bermain kompang dalam kalangan pelajar sekolah di Putrajaya, Malaysia


Citation

Ismail, Md Jais (2019) Keberkesanan pendekatan euritmik Dalcroze untuk meningkatkan koordinasi menyanyi dan bermain kompang dalam kalangan pelajar sekolah di Putrajaya, Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan pengajaran pendekatan Euritmik Dalcroze ke atas kemahiran menyanyi sambil bermain alat perkusi kompang dalam kalangan pelajar sekolah. Kelebihan penggunaan pendekatan Euritmik Dalcroze telah dibuktikan dalam pelbagai kajian lepas yang memfokuskan kepada penggunaan fizikal badan dengan elemen muzik tetapi tidak dalam bidang koordinasi nyanyian dan permainan alat muzik. Kemahiran koordinasi ini amat penting dalam pembelajaran muzik termasuk membuat persembahan. Namun demikian, didapati kemahiran yang melibatkan pergerakan permainan alat muzik serentak dengan nyanyian ini sukar dilakukan dengan kaedah pengajaran sedia ada dalam kalangan guru-guru sekolah rendah. Hal ini menyebabkan kekangan dalam pelbagai persembahan muzik yang melibatkan koordinasi muzikal terutamanya menyanyi sambil bermain alat muzik. Ini bukan sahaja menjejaskan kualiti persembahan malah memerlukan masa latihan yang lama walaupun kanak-kanak sudah mempunyai kebolehan menyanyi atau bermain alat muzik. Ini didapati berdasarkan penelitian literatur, pemerhatian, dan pengalaman penyelidik sebagai guru muzik di sekolah rendah. Reka bentuk kuasi-eksperimental digunakan bagi mengumpul data dari dua kelompok murid iaitu 35 orang dalam kumpulan rawatan dan 35 orang kumpulan kawalan yang berumur sembilan tahun di sebuah sekolah rendah Putrajaya. Data ujian pra dan ujian pasca menggunakan analisis nilai min, sisihan piawai, peratus, Ujian T Sampel Berpasangan dan MANOVA satu hala. Instrumen untuk mengumpul data adalah melalui Ujian Amali Muzik dan Inventori MUSIC daripada Jones (2017). Dapatan daripada kumpulan kawalan dan rawatan menunjukkan intervensi kajian memberi kesan yang signifikan terhadap pencapaian murid dalam kemahiran nyanyian, permainan alat perkusi kompang dan koordinasi menyanyi sambil bermain kompang. Dapatan soal selidik pula menunjukkan pendekatan Euritmik Dalcroze mempunyai kekuatan dari aspek pengupayaan, kebolehgunaan, dan keprihatinan berbanding pendekatan konvensional. Beberapa cadangan dikemukakan kepada guru-guru dan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu menggalakkan lebih banyak aktiviti euritmik di sekolah rendah, memberikan latihan tentang Euritmik Dalcroze kepada guru dengan lebih terperinci, dan mengaplikasikan pendekatan Euritmik Dalcroze dengan menggunakan lagu-lagu dan alat-alat muzik tradisional Melayu.


Download File

[img] Text
FEM 2019 24 UPM ir.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Eurythmics
Subject: Musical meter and rhythm
Subject: Music - Instruction and study
Call Number: FEM 2019 24
Chairman Supervisor: Loo Fung Chiat, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Editor
Date Deposited: 20 Nov 2020 00:23
Last Modified: 04 Jan 2022 02:44
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/84204
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item