UPM Institutional Repository

Interaksi spontan dan terancang dalam kalangan remaja dari sudut etnografi komunikasi


Citation

Zaini, Ahmad Afindiy (2018) Interaksi spontan dan terancang dalam kalangan remaja dari sudut etnografi komunikasi. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Interaksi ialah proses pertukaran makna yang melibatkan penutur dan pendengar. Tujuan utama interaksi adalah untuk melaksanakan satu peristiwa, iaitu komunikasi. Oleh itu, kemahiran interaksi ialah kemahiran berbahasa yang bertujuan untuk menyalurkan maklumat untuk mewujudkan komunikasi. Dalam kajian ini, pengkaji memberi tumpuan terhadap interaksi spontan dan terancang dalam perbualan remaja seperti bentuk-bentuk bahasa, kemampuan, pertimbangan komunikatif serta aspek kognitif. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti bentuk interaksi spontan dan terancang remaja yang terkandung dalam perbualan remaja berdasarkan Kerangka Etnografi Komunikasi Saville-Troike (2003), membandingkan interaksi spontan dan terancang dalam perbualan remaja dari sudut Kerangka Etnografi Komunikasi Saville-Troike (2003) dan merumuskan aspek yang menyerlahkan keterampilan berbahasa dalam perbualan remaja ketika berinteraksi secara spontan dan terancang. Kajian lapangan yang menggunakan kaedah rakaman audio ini disertai oleh remaja di Maktab Rendah Sains MARA Baling, Kedah. Rakaman interaksi spontan dan terancang dalam perbualan remaja ditranskripsikan untuk dianalisis berdasarkan kerangka asas kajian, iaitu Kerangka Etnografi Komunikasi (Saville-Troike, 2003). Kerangka Etnografi Komunikasi Saville-Troike (2003) menjelaskan bahawa setiap interaksi perlu memenuhi kehendak komponen seperti genre, topik, tujuan, latar, ragam, peserta interaksi, bentuk mesej, urutan lakuan, peraturan interaksi, dan normanorma interaksi. Akhirnya, pengkaji mendapati bahawa kerangka Kerangka Etnografi Komunikasi (Saville-Troike, 2003) dapat menggabungkan kemahiran linguistik dan sosiolingusitik untuk membina sistem keteraturan ketika berinteraksi sama ada secara spontan mahupun terancang.


Download File

[img] Text
FBMK 2019 20 IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Oral communication
Subject: Communication
Subject: Language and culture
Call Number: FBMK 2019 20
Chairman Supervisor: Zaitul Azma binti Zainon Hamzah, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 10 Sep 2020 03:15
Last Modified: 10 Sep 2020 03:15
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83336
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item