Citation
Ibrahim, Abd Samad
(2001)
Internet sebagai media komunikasi dan pengiklanan yang baru.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Internet adalah satu media komunikasi dan pengiklanan yang baru diperkenalkan, terutamanya di Malaysia. Walaupun majoriti rakyat Malaysia menggunakan Internet tetapi hanya sebilangan kecil sahaja yang membeli berangan atau perkhidmatan melalui Internet. Kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang memberi kesan kepada pembelian sebenar melalui Internet. Dalam kajian ini faktor-faktor tersebut lebih dikenalpasti sebagai pembolehubah bebas. Pembolehubah-pembolehubah bebas yang digunakan di dalam kajian ini adalah sikap, persepsi dan pendapatan atau elaun manakala pembolehubah bersandar yang digunakan adalah pembelian sebenar melalui Internet. Di dalam kajian ini data primer diperoleh secara rawak. Chi-Square dan Korelasi Pearson dengan aras keertian 0.05 pula digunakan untuk menganalisa data tersebut. Menurut kajian ini didapati sikap dan persepsi mempunyai hubungan negatif terhadap pembelian sebenar manakala pendapatan atau elaun pula mempunyai hubungan positif. Sebenarmya kajian ini juga mengenalpasti faktor demografi pengguna Internet dan bukan pengguna Internet, pembeli dan bukan pembeli, pembeli yang membuat ulangan pembelian dan pembeli yang tidak membuat ulangan pembelian.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |