Citation
Musa, Zaliha
(1993)
Pola Diet dan Taraf Pemakanan Kanak-Kanak Prasekolah Iban di Julau, Sarawak.
Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.
Abstract
Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti pola diet dan
menilai taraf pemakanan kanak-kanak pra sekolah Iban dan
menentukan perkaitannya seramai 119 kanak-kanak prasekolah berumur melebihi setahun hingga lima tahun
daripada 10 buah rumah panjang di Julau, Sarawak, telah di pilih
menggunakan persampelan rawak berlapis.
Dengan menggunakan kaedah ingatan diet 24 jam yang lalu,
di dapati pengambilan semua nutrien adalah kurang daripada RDA
(Recommended Dietary Allowances) Malaysia, kecuali protein. Diet
mereka juga kurang dari segi kepelbagaian, khususnya makanan
sumber kalori. Makanan sumber protein, vitamin dan mineral mula
di perkenalkan pada purata umur 11 bulan manakala sumber kalori
di perkenalkan pada purata umur 13 bulan, Sejarah pemakanan
menunjukkan 86.6% kanak-kanak pernah menerima susu ibu.
Berasaskan ukuran antropometri dan menggunakan rujukan
"National Centre for Health Statistics" (NCHS) sebagai piawai,
didapati 44.5% kanak-kanak kurang berat badan, 42% terbantut dan
9.3% tersusut.
Perkaitan positif dan signifikan didapati di antara pendidikan
ibu bapa, pendapatan isirumah, perbelanjaan makanan, saiz isirumah
dan bilangan ahli perempuan di dalam isi rumah, dengan pola diet
kanak-kanak. Umur, kebolehan membaca dan menulis, pekerjaan ibu
bapa, serta faktor-faktor tersebut diatas, kecuali saiz isi rumah,
bilangan ahli perempuan serta pendidikan bapa, mempunyai perkaitan
positif dan signifikan dengan taraf pemakanan kanak-kanak. Hasil dan
tempoh simpanan padi bukit serta bilangan ayam di pelihara, juga
mempunyai perkaitan positif dan signifikan dengan pola diet kanak-kanak.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
Subject: |
Food preferences in children |
Subject: |
Preschool children - Health and hygiene |
Subject: |
Diet |
Call Number: |
FEM 1993 1 |
Chairman Supervisor: |
Associate Professor Zaitun Yassin, PhD |
Divisions: |
Faculty of Human Ecology |
Depositing User: |
Nurul Hayatie Hashim
|
Date Deposited: |
20 Oct 2010 08:24 |
Last Modified: |
20 Oct 2010 10:03 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8196 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |