Citation
Wan Ismail, Wan Ahmad Amir Zal
(2009)
Nilai Dan Penerima Gunaan Teknologi Komunikasi Dan Maklumat Terpilih Dalam Kalangan Belia Orang Asli Di Bukit Lanjan Dan Pulau Carey Selangor.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Belia Orang Asli senng dikaitkan sebagai golongan yang menentang dan sukar
menerima pembangunan. Dalam masa yang sama, penerimaan atau penolakan
teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dihubungkaitkan dengan nilai yang
dipegang oleh mereka. Namun, persoalannya, adakah belia Orang Asli menggunakan
ICT? Apakah yang mendorong belia Orang Asli menggunakan ICT dalam kehidupan
harian mereka? Apakah nilai yang dipegang oleh belia Orang Asli? Sejauh manakah
nilai mempengaruhi belia Orang Asli untuk menerima ICT? Oleh demikian, kajian ini
dilaksanakan untuk mengenal pasti penggunaan dan dorongan menggunakan ICT
terpilih dalam kalangan belia Orang Asli Bukit Lanjan dan Pulau Carey Selangor.
Kajian ini juga dilaksanakan untuk mengenal pasti nilai belia Orang Asli terhadap
ICT terpilih dan seterusnya menghuraikan nilai belia Orang Asli terhadap ICT dalam
mempengaruhi penerima gunaan ICT. Kajian ini menggunakan kaedah deduktif dengan mengaplikasikan pendekatan
kuantitatif bagi mencapai objektif pertama dan kedua. Kajian ini menggunakan
pendekatan kualitatif bagi mencapai objektif ketiga serta menggunakan reka bentuk
survei. Seterusnya data kualitatif digunakan untuk menghuraikan data kuantitatif bagi
mencapai objektif kajian keempat. Seramai 200 orang responden, iaitu belia Orang
Asli Bukit Lanjan dan Pulau Carey telah dipilih secara pensampelan bertujuan.
Manakala 24 orang dari jumlah tersebut dipilih sebagai informan bagi menjalankan
penyelidikan kualitatif. Data kuantitatif dikumpulkan dengan menggunakan borang
selidik yang mengikut format skala Likert, manakala kaedah kualitatif menggunakan
pendekatan triangulasi data yang diperoleh melalui temu bual mendalam, temu bual
kumpulan berfokus dan pemerhatian tanpa turut serta.
Hasil kajian menunjukkan belia Orang Asli menggunakan ICT dalam hidup mereka,
namun penggunaan tersebut bergantung pada jenis ICT. ICT yang mudah seperti
televisyen dan telefon bimbit kebanyakannya digunakan oleh belia Orang Asli.
Manakala bagi ICT yang kompleks dan memerlukan pengetahuan serta kemahiran
yang khusus kurang digunakan oleh belia Orang Asli. Bagi dorongan menggunakan
ICT, terdapat empat dorongan utama yang mendorong belia Orang Asli menggunakan
ICT, iaitu keperluan dalam hidup, ingin membangun, ingin mendapatkan maklumat
baru dan kewangan keluarga. Belia Orang Asli dari kedua-dua lokasi berbeza tersebut
juga mempunyai nilai yang sarna terhadap ICT, iaitu nilai rangsangan, nilai
keselamatan, nilai keakuran, nilai universalisme dan nilai hedonisme.
Dari sudut yang lain pula, nilai yang dipegang oleh belia Orang Asli mempengaruhi
mereka untuk menerima ICT. Manifestasi nilai dapat dilihat melalui tingkah laku
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |