Citation
Anamala, Gaytri
(2017)
Pengaruh elemen disposisi guru Bahasa Melayu terhadap keinginan interaksi lisan murid tingkatan empat.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Interaksi lisan merupakan asas kepada penguasaan kemahiran literasi bahasa seperti kemahiran membaca dan menulis. Interaksi lisan bersifat dua hala antara guru dengan murid-murid dapat mengatasi masalah interaksi lisan yang masih bersifat sehala dan berpusatkan guru. Guru Bahasa Melayu harus mempamerkan elemen profesionalisme, semangat positif, kemahiran komunikasi, nilai sejagat, kerjasama dengan murid dan kesediaan untuk belajar bagi merangsang keinginan interaksi lisan murid. Kajian yang dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh elemen disposisi guru Bahasa Melayu terhadap keinginan interaksi lisan murid tingkatan empat. Analisis kajian menggunakan data 653 orang responden telah dijalankan dengan menggunakan Confirmatory Factor Analysis (CFA). Model Pengukuran First-order dan Second-order dalam proses CFA mengesahkan keupayaan instrumen dalam mengukur keinginan interaksi lisan murid berdasarkan elemen disposisi guru Bahasa Melayu. Tahap keinginan interaksi lisan murid dengan guru Bahasa Melayu yang mempamerkan elemen disposisi tinggi (M=4.52, SD=.30). Ujian-t tidak bersandar juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara keinginan interaksi lisan murid lelaki dan perempuan berdasarkan elemen disposisi yang dipamerkan oleh guru Bahasa Melayu (t(651)= -4.90, p<.001, two-tailed), namun kekuatan perbezaannya kecil (eta squared=.04). Elemen kemahiran komunikasi guru Bahasa Melayu didapati mempunyai pengaruh paling kuat terhadap keinginan interaksi lisan murid (λ=.93,R2=.87, p<.001). Sebagai cadangan kajian masa hadapan, instrumen pentaksiran disposisi dalam kajian ini dapat dimantapkan dengan menambahkan item soalan bagi setiap elemen disposisi yang dikaji.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |