UPM Institutional Repository

Efikasi kendiri bertutur bahasa Arab dalam kalangan pelajar universiti awam


Citation

Mohamad Adnan, Nadiah (2016) Efikasi kendiri bertutur bahasa Arab dalam kalangan pelajar universiti awam. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kemahiran bertutur merupakan kemahiran asas dalam penguasaan bahasa.Kemahiran ini adalah antara kemahiran terpenting yang perlu diberi perhatian bagi memastikan pelajar itu dapat menguasai sesuatu bahasa dengan baik.Namun, realiti pada hari ini terdapat ramai pelajar bahasa Arab yang tidak mampu bertutur bahasa Arab dengan baik.Dalam hal ini, para sarjana berpendapat permasalahan ini amat berkait rapat dengan efikasi kendiri pelajar.Efikasi kendiri bertujuan mengetahui tahap keyakinan pelajar untuk bertutur bahasa Arab.Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap efikasi kendiri bertutur bahasa Arab dalam kalangan pelajar UA, mengenal pasti perbezaan tahap efikasi kendiri pelajar mengikut jantina dan mengetahui perbezaan di antara tahap efikasi kendiri bertutur bahasa Arab pelajar UA dengan tahun pengajian. Kajian yang menggunakan pendekatan kuantitatif ini melibatkan seramai 278 pelajar pengkhususan bahasa Arab yang dipilih secara persampelan terarah dari dua buah UA; iaitu USIM dan UIAM. Instrumen berbentuksoal selidik yang merangkumi lima sumber iaitu; pencapaian diri sendiri, pencapaian orang lain, pemujukan diri dan sosial, keadaan fisiologi dan metafizik. Sumber metafizik adalah sumber yang ditambah bagi mengikut kesesuaian kajian. Data yang diperoleh telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi yang menggunakan Statistical Packages for the Social Science (SPSS). Hasil analisis deskriptif menunjukkan tahap efikasi kendiri bertutur bahasa Arab pelajar UA adalah sederhana.Selain itu, ujian –t telah menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam penggunaan sumber efikasi kendiri bertutur bahasa Arab dalam kalangan pelajar lelaki dengan perempuan.Sebaliknya, ujian ANOVA pula memperlihat terdapat perbezaan yang signifikan antara sumber efikasi kendiri dengan tahun pengajian.Hal ini bermakna penggunaan sumber efikasi kendiri pelajar memberi kesan kepada peningkatan tahun pengajian. Justeru, efikasi kendiri merupakan elemen yang penting dalam penguasaan bahasa Arab dan perlu diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar pelajar mampu bertutur bahasa Arab dengan baik.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2016 21 - IR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Arabic language
Subject: Arabic language - Spoken Arabic
Call Number: FBMK 2016 21
Chairman Supervisor: Che Radiah Bt Mezah, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Mr. Sazali Mohamad
Date Deposited: 18 Jun 2019 02:02
Last Modified: 18 Jun 2019 02:02
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68837
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item