UPM Institutional Repository

Hubungan antara disposisi pemikiran kritis dengan sikap, persepsi dan efikasi secara pengajaran koperatif dalam kalangan guru pendidikan khas integrasi


Citation

Kuppusamy, Suresh Kumar (2016) Hubungan antara disposisi pemikiran kritis dengan sikap, persepsi dan efikasi secara pengajaran koperatif dalam kalangan guru pendidikan khas integrasi. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) adalah salah satu program bercantuman yang dijalankan bagi murid-murid pendidikan khas di sekolah harian biasa. Murid PPKI merupakan murid yang menghadapi masalah dari segi sosial dan pencapaian akdemik disebabkan kekurangan yang mereka miliki. Manusia tidak dilahirkan dengan pemikiran kritis, sebaliknya kemahiran ini perlu dibina dan diserlahkan. Pemikiran kritis merangkumi kemahiran berfikir dan disposisi pemikiran kritis. Guru perlu mempraktikkan disposisi pemikiran kritis melalui pelaksanaan pedagogi pengajaran spesifik bagi meningkatkan kebolehan potensi murid. Memandangkan guru adalah individu yang secara langsung berperanan meningkatkan kemahiran yang ada pada murid, justeru, kajian ini memberi fokus kepada guru dalam mengenal pasti tahap disposisi pemikiran kritis dan sikap, persepsi dan efikasi secara pengajaran koperatif. Kajian ini juga berperanan mengenal perbezaan tahap disposisi pemikiran kritis dan sikap, persepsi dan efikasi secara pengajaran koperatif dari aspek pengalaman mengajar dan jantina. Dapatan kajian memberi input mengenai hubungan disposisi pemikiran kritis dan sikap, persepsi dengan efikasi secara pengajaran koperatif guru pendidikan khas integrasi. Disposisi pemikiran kritis diukur berdasarkan tujuh subskala iaitu berfikiran terbuka, ketelitian, mencari kebenaran, sistematik, berkeyakinan diri, kematangan dan ingin tahu. Sikap secara pengajaran koperatif diukur berdasarkan tiga subskala iaitu kognitif, afektif dan tingkah laku. Persepsi secara pengajaran koperatif melibatkan tiga subskala iaitu hubungan interpersonal, sokongan motivasi dalam pelajaran dan bimbingan pelajaran. Efikasi secara pengajaran koperatif diukur berdasarkan tiga subskala iaitu pengurusan kelas, penglibatan murid dan pencapaian murid.Kajian ini menggunakan reka bentuk korelasi. Seramai 190 responden iaitu guru pendidikan khas integrasi di Negeri Sembilan terlibat. Instrumen adalah berdasarkan instrumen kajian lepas dan pengubahsuaian terhadap item dilakukan agar ianya releven dengan kajian semasa. Data yang diperolehi kemudiannya dianalisis secara deskriptif, ujian-t dan korelasi dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 21.0. Analisis deskriptif dilakukan untuk mendapatkan nilai min dan sisihan piawai pemboleh ubah. Analisis deskriptif menunjukkan responden mempunyai tahap . disposisi pemikiran kritis yang sederhana (M=2.99, S.P.=0.160). Sikap secara pengajaran koperatif pada tahap sederhana (M=2.96, S.P.=0.194) dan persepsi secara pengajaran koperatif juga pada tahap sederhana (M=3.00, S.P.=0.240). Manakala, efikasi secara pengajaran koperatif berada pada tahap tinggi (M=3.01, S.P.=0.128). Ini memberikan gambaran responden mempunyai motivasi dalaman untuk menggunakan kaedah pengajaran koperatif dalam proses pengajaran. Bagi faktor pengalaman mengajar pula, analisis menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara guru novis (M=2.52, S.D.=0.503) dengan guru berpengalaman (M=2.35, S.D.=0.481 t=(2.244), P<.05) bagi konstruk disposisi pemikiran kritis. Pada masa yang sama, analisis menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara guru novis (M=2.52, S.D.=0.504) dengan guru berpengalaman (M=2.28, S.D.=0.451 t=(3.078), P<.05) bagi konstruk sikap secara pengajaran koperatif. Manakala, tidak terdapar berbezaan yang signifikan bagi konstruk persepsi secara pengajaran koperatif dan efikasi secara pengajaran koperatif. Bagi faktor jantina pula, analisis menujukkan tiada perbezaan signifikan antara guru lelaki dengan guru perempuan bagi keempat-empat konstruk yang dikaji. Keadaan ini menjelaskan bahawa jantina tidak mempengaruhi tahap disposisi pemikiran kritis dan sikap, persepsi dan efikasi secara pengajaran koperatif guru. Dapatan inferensi turut membuktikan terdapat korelasi yang sederhana antara disposisi pemikiran kritis dengan sikap secara pengajaran koperatif (r=0.443, p=0.000, persepsi secara pengajaran koperatif (r=0.442, p=0.000, efikasi secara pengajaran koperatif (r=0.477, p=0.000) dalam kalangan guru pendidikan khas integrasi. Ini menjelaskan bahawa semakin tinggi tahap disposisi pemikiran kritis, semakin baik sikap, persepsi dan efikasi secara pengajaran koperatif dalam kalangan guru. Kajian ini diharap dapat menjadi satu bentuk penilaian terhadap kebolehan guru mempraktikkan disposisi pemikiran kritis dan sikap, persepsi dan efikasi guru dalam pelaksanaan pedagogi pengajaran yang efektif sekaligus menyumbang kepada keberkesanan sistem pendidikan negara khususnya bidang pendidikan khas.


Download File

[img]
Preview
Text
fpp 2016 55 ir.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Critical thinking - Study and teaching
Subject: Thought and thinking
Call Number: FPP 2016 55
Chairman Supervisor: Profesor Madya Tajularipin Sulaiman, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 31 May 2019 01:00
Last Modified: 31 May 2019 01:00
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68675
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item