UPM Institutional Repository

Perkaitan faktor menonjol dan interpretasi dengan penerimaan kredibliti portal berita dalam talian oleh pelajar universiti awam


Citation

Nurdin, Rahmawati (2017) Perkaitan faktor menonjol dan interpretasi dengan penerimaan kredibliti portal berita dalam talian oleh pelajar universiti awam. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kemajuan internet menyebabkan kemunculan portal berita dalam talian. Internet bersifat mudah diakses iaitu sesiapa sahaja boleh memuat naik sebarang maklumat tanpa melakukan penelitian ke atas maklumat tersebut. Disebabkan sifat internet yang mudah diakses maka timbul keraguan tentang kredibiliti maklumat yang disiarkan. Hal ini disebabkan kebanyakan maklumat yang terdapat di internet datang daripada pelbagai sumber yang tidak diketahui kesahihannya dan tidak melalui beberapa peringkat editorial dan gatekeeping sebelum dikeluarkan untuk tatapan masyarakat seperti yang diamalkan oleh media konvensional yang lain. Kajian ini memberi fokus kepada pelajar universiti awam di negeri Selangor. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengkaji perkaitan antara faktor menonjol dan Interpretasi terhadap penerimaan kredibliti Portal Berita Dalam Talian oleh pelajar universiti awam. Objektif khusus kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis berita dalam talian yang menjadi pilihan pelajar universiti awam, mengenal pasti perkaitan antara faktor menonjol dengan penerimaan portal berita dalam talian oleh pelajar universiti awam, mengenal pasti perkaitan antara faktor interpretasi dengan penerimaan portal berita dalam talian oleh pelajar universiti awam dan menentukan pengaruh faktor menonjol dan interpretasi terhadap penerimaan kredibiliti berita dalam talian oleh pelajar universiti awam. Kajian ini didasari oleh teori menonjol interpretasi (prominence interpretation theory) yang dihasilkan oleh Fogg. Kajian ini menggunakan dua kaedah persampelan iaitu persampelan mudah dan persampelan bertujuan. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kuantitatif secara kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik. Seramai 400 orang belia dipilih daripada 133, 415 pelajar di empat buat Universiti Awam di Selangor iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Data yang dikumpul dianalisis menggunakan statistik deskriptif, ujian Korelasi Pearson dan dan regrasi pelbagai menggunakan perisian Pakej Statistik Sains Sosial (SPSS) versi 21.0. Berdasarkan dapatan kajian menunjukkan bahawa responden gemar membaca berita yang berbentuk jenayah, hiburan dan politik yang bersifat “hard news” dan “soft news”. Dalam pada itu, ujian korelasi pearson menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara faktor menonjol iaitu penglibatan, topik, tugasan, pengalaman dan reka bentuk terhadap penerimaan portal berita dalam talian oleh pelajar universiti awam dan terdapat perkaitan sederhana kuat antara faktor interpretasi iaitu andaian, kemahiran atau pengetahuan dan konteks terhadap penerimaan portal berita dalam talian oleh pelajar universiti awam. Selain itu, ujian regrasi pelbagai pula menunjukkan terdapat juga hubungan signifikan antara pemboleh ubah peramal (pemboleh ubah bebas) faktor menonjol dan interpretasi terhadap pemboleh ubah bersandar (penerimaan kredibiliti berita dalam talian). Analisis yang dijalankan menunjukkan bahawa dimensi tugasan adalah merupakan penyumbang tertinggi dan diikuti oleh dimensi konteks, penglibatan dan pengetahuan atau kemahiran dalam mempengaruhi pelajar universiti awam untuk menerima kredibiliti portal berita dalam talian. Oleh itu, Organisasi portal berita dalam talian perlulah meneliti kedua-dua faktor ini agar dapat mempengaruhi penerimaan pembaca khususnya pelajar universiti awam untuk membaca portal berita dalam talian mereka. Selain itu, pengkaji akan datang masih boleh menjalankan kajian ini dengan melihat pemboleh ubah lain sesuai dikaitkan dengan penilaian kredibiliti pembaca ke atas portal berita dalam talian disamping memilih responden selain daripada pelajar Universiti Awam di selangor sebagai subjek kajian.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2018 5 IR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Online journalism
Subject: Mass media
Call Number: FBMK 2018 5
Chairman Supervisor: Akmar Hayati Ahmad Ghazali, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 14 May 2019 01:45
Last Modified: 14 May 2019 01:45
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68463
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item