Citation
Nurdin, Rahmawati
(2017)
Perkaitan faktor menonjol dan interpretasi dengan penerimaan kredibliti portal berita dalam talian oleh pelajar universiti awam.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kemajuan internet menyebabkan kemunculan portal berita dalam talian. Internet bersifat
mudah diakses iaitu sesiapa sahaja boleh memuat naik sebarang maklumat tanpa
melakukan penelitian ke atas maklumat tersebut. Disebabkan sifat internet yang mudah
diakses maka timbul keraguan tentang kredibiliti maklumat yang disiarkan. Hal ini
disebabkan kebanyakan maklumat yang terdapat di internet datang daripada pelbagai
sumber yang tidak diketahui kesahihannya dan tidak melalui beberapa peringkat editorial
dan gatekeeping sebelum dikeluarkan untuk tatapan masyarakat seperti yang diamalkan
oleh media konvensional yang lain. Kajian ini memberi fokus kepada pelajar universiti
awam di negeri Selangor. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengkaji
perkaitan antara faktor menonjol dan Interpretasi terhadap penerimaan kredibliti Portal
Berita Dalam Talian oleh pelajar universiti awam. Objektif khusus kajian ini adalah
untuk mengenal pasti jenis berita dalam talian yang menjadi pilihan pelajar universiti
awam, mengenal pasti perkaitan antara faktor menonjol dengan penerimaan portal berita
dalam talian oleh pelajar universiti awam, mengenal pasti perkaitan antara faktor
interpretasi dengan penerimaan portal berita dalam talian oleh pelajar universiti awam
dan menentukan pengaruh faktor menonjol dan interpretasi terhadap penerimaan
kredibiliti berita dalam talian oleh pelajar universiti awam. Kajian ini didasari oleh teori
menonjol interpretasi (prominence interpretation theory) yang dihasilkan oleh Fogg.
Kajian ini menggunakan dua kaedah persampelan iaitu persampelan mudah dan
persampelan bertujuan.
Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kuantitatif secara kaedah tinjauan
menggunakan borang soal selidik. Seramai 400 orang belia dipilih daripada 133, 415
pelajar di empat buat Universiti Awam di Selangor iaitu Universiti Putra Malaysia
(UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Data yang dikumpul
dianalisis menggunakan statistik deskriptif, ujian Korelasi Pearson dan dan regrasi
pelbagai menggunakan perisian Pakej Statistik Sains Sosial (SPSS) versi 21.0.
Berdasarkan dapatan kajian menunjukkan bahawa responden gemar membaca berita
yang berbentuk jenayah, hiburan dan politik yang bersifat “hard news” dan “soft news”.
Dalam pada itu, ujian korelasi pearson menunjukkan terdapat hubungan yang positif
antara faktor menonjol iaitu penglibatan, topik, tugasan, pengalaman dan reka bentuk
terhadap penerimaan portal berita dalam talian oleh pelajar universiti awam dan terdapat
perkaitan sederhana kuat antara faktor interpretasi iaitu andaian, kemahiran atau
pengetahuan dan konteks terhadap penerimaan portal berita dalam talian oleh pelajar
universiti awam. Selain itu, ujian regrasi pelbagai pula menunjukkan terdapat juga
hubungan signifikan antara pemboleh ubah peramal (pemboleh ubah bebas) faktor
menonjol dan interpretasi terhadap pemboleh ubah bersandar (penerimaan kredibiliti
berita dalam talian). Analisis yang dijalankan menunjukkan bahawa dimensi tugasan
adalah merupakan penyumbang tertinggi dan diikuti oleh dimensi konteks, penglibatan
dan pengetahuan atau kemahiran dalam mempengaruhi pelajar universiti awam untuk
menerima kredibiliti portal berita dalam talian. Oleh itu, Organisasi portal berita dalam
talian perlulah meneliti kedua-dua faktor ini agar dapat mempengaruhi penerimaan
pembaca khususnya pelajar universiti awam untuk membaca portal berita dalam talian
mereka. Selain itu, pengkaji akan datang masih boleh menjalankan kajian ini dengan
melihat pemboleh ubah lain sesuai dikaitkan dengan penilaian kredibiliti pembaca ke
atas portal berita dalam talian disamping memilih responden selain daripada pelajar
Universiti Awam di selangor sebagai subjek kajian.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |