Simple Search:

Hubungan antara pola komunikasi dan gaya keibubapaan dengan tahap penguasaan kompetensi komunikasi interpersonal pelajar di institusi pengajian tinggi


Citation

Arvin, Lawrence Lampakas (2016) Hubungan antara pola komunikasi dan gaya keibubapaan dengan tahap penguasaan kompetensi komunikasi interpersonal pelajar di institusi pengajian tinggi. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui perkaitan antara faktor keluarga dari segi amalan pola komunikasi dan gaya keibubapaan terhadap tahap penguasaan kompetensi komunikasi interpersonal pelajar. Objektif khusus kajian ini pula ialah untuk mengenal pasti tahap penguasaan kompetensi komunikasi interpersonal pelajar; mengenal pasti perkaitan antara amalan pola komunikasi keluarga oleh ibu bapa pelajar dengan penguasaan kompetensi komunikasi interpersonal; mengenal pasti hubungan antara gaya keibubapaan ibu bapa pelajar dengan penguasaan kompetensi komunikasi interpersonal pelajar; menentukan faktor pengaruh pola komunikasi dan gaya keibubapaan terhadap tahap penguasaan kompetensi komunikasi interpersonal pelajar. Teori yang digunakan dalam kajian ini pula ialah teori pola komunikasi keluarga, model gaya keibubapaan dan teori kompetensi komunikasi interpersonal. Lokasi kajian yang dipilih ialah Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya. Kajian ini dijalankan dalam bentuk kuantitatif iaitu dengan mengedarkan borang soal selidik kepada responden. Seramai 400 orang pelajar yang ‘berkeluarga lengkap’ daripada ketiga-tiga universiti tersebut telah dipilih menjadi responden kajian melalui persampelan rawak bertujuan (purposive sampling). Hasil kajian menunjukkan pelajar di universiti yang dikaji menguasai kompetensi komunikasi interpersonal pada tahap tinggi. Pola komunikasi orientasi perbualan dan gaya keibubapaan demokratik menunjukkan perkaitan yang positif dengan tahap penguasaan kompetensi komunikasi interpersonal pelajar. Selain itu, ujian regrasi pelbagai pula menunjukkan faktor pola komunikasi orientasi perbualan dan gaya keibubapaan demokratik adalah pemboleh ubah peramal kepada tahap penguasaan kompetensi komunikasi interpersonal pelajar. Pola komunikasi orientasi perbualan merupakan faktor peramal utama kepada tahap penguasaan kompetensi komunikasi interpersonal pelajar. Adalah dicadangkan amalan pola komunikasi orientasi perbualan dan gaya keibubapaan demokratik harus diamalkan oleh ibu bapa bagi menggilap potensi kendiri anak-anak. Selain itu, pengkaji akan datang masih boleh melakukan kajian ini dengan melihat pemboleh ubah lain yang sesuai dikaitkan dengan tahap penguasaan kompetensi komunikasi interpersonal pelajar di samping mengambil responden selain daripada pelajar Universiti Awam sebagai subjek kajian.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK 2017 31 IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Interpersonal communication - Education, Secondary
Subject: Parenting
Subject: Communication in families
Call Number: FBMK 2017 31
Chairman Supervisor: Akmar Hayati Binti Ahmad Ghazali, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 14 Mar 2019 11:49
Last Modified: 14 Mar 2019 11:49
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67425
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item