Citation
Arvin, Lawrence Lampakas
(2016)
Hubungan antara pola komunikasi dan gaya keibubapaan dengan tahap penguasaan kompetensi komunikasi interpersonal pelajar di institusi pengajian tinggi.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui perkaitan antara faktor keluarga dari
segi amalan pola komunikasi dan gaya keibubapaan terhadap tahap penguasaan
kompetensi komunikasi interpersonal pelajar. Objektif khusus kajian ini pula ialah untuk
mengenal pasti tahap penguasaan kompetensi komunikasi interpersonal pelajar;
mengenal pasti perkaitan antara amalan pola komunikasi keluarga oleh ibu bapa pelajar
dengan penguasaan kompetensi komunikasi interpersonal; mengenal pasti hubungan
antara gaya keibubapaan ibu bapa pelajar dengan penguasaan kompetensi komunikasi
interpersonal pelajar; menentukan faktor pengaruh pola komunikasi dan gaya
keibubapaan terhadap tahap penguasaan kompetensi komunikasi interpersonal pelajar.
Teori yang digunakan dalam kajian ini pula ialah teori pola komunikasi keluarga, model
gaya keibubapaan dan teori kompetensi komunikasi interpersonal. Lokasi kajian yang
dipilih ialah Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti
Malaya. Kajian ini dijalankan dalam bentuk kuantitatif iaitu dengan mengedarkan borang
soal selidik kepada responden. Seramai 400 orang pelajar yang ‘berkeluarga lengkap’
daripada ketiga-tiga universiti tersebut telah dipilih menjadi responden kajian melalui
persampelan rawak bertujuan (purposive sampling). Hasil kajian menunjukkan pelajar di
universiti yang dikaji menguasai kompetensi komunikasi interpersonal pada tahap tinggi.
Pola komunikasi orientasi perbualan dan gaya keibubapaan demokratik menunjukkan
perkaitan yang positif dengan tahap penguasaan kompetensi komunikasi interpersonal
pelajar. Selain itu, ujian regrasi pelbagai pula menunjukkan faktor pola komunikasi
orientasi perbualan dan gaya keibubapaan demokratik adalah pemboleh ubah peramal
kepada tahap penguasaan kompetensi komunikasi interpersonal pelajar. Pola komunikasi
orientasi perbualan merupakan faktor peramal utama kepada tahap penguasaan
kompetensi komunikasi interpersonal pelajar. Adalah dicadangkan amalan pola
komunikasi orientasi perbualan dan gaya keibubapaan demokratik harus diamalkan oleh
ibu bapa bagi menggilap potensi kendiri anak-anak. Selain itu, pengkaji akan datang
masih boleh melakukan kajian ini dengan melihat pemboleh ubah lain yang sesuai
dikaitkan dengan tahap penguasaan kompetensi komunikasi interpersonal pelajar di
samping mengambil responden selain daripada pelajar Universiti Awam sebagai subjek
kajian.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |