Citation
Hassan, Mohd Hazreen Shah
(2017)
Penggunaan bahasa dalam rencana akhbar.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Penyelidikan ini dijalankan untuk (i) mengenal pasti ciri-ciri bahasa penulisan rencana
akhbar dan (ii) menganalisis penggunaan tatabahasa dalam penulisan rencana
berdasarkan pendekatan Waterhouse (1989). Alat kajian terdiri daripada dua buah akhbar
berbahasa Melayu, iaitu Berita Harian dan Utusan Malaysia yang telah diterbitkan dari
01 Oktober 2016 sehingga 30 November 2016. Populasi kajian terdiri daripada 242
rencana yang terkandung dalam kedua-dua buah akhbar. Sampel kajian pula terdiri
daripada 20 rencana yang dipilih dengan menggunakan kaedah pensampelan sistematik
dan seterusnya, dianalisis melalui kaedah analisis kandungan. Hasil kajian menunjukkan
bahawa terdapat 128 kesalahan berkaitan dengan penggunaan bahasa dalam penulisan
rencana. Daripada jumlah tersebut, kesalahan berkaitan penerangan ayat mencatatkan
jumlah paling tinggi, iaitu sebanyak 60 kesalahan dan kesalahan terhadap penggunaan
kata sinonim pula mencatatkan jumlah kesalahan paling rendah, iaitu tiga (3) kesalahan.
Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan bahasa yang
berkesan dan baik ditentukan oleh pemilihan kata dan pembentukan ayat yang digunakan
dalam penulisan rencana. Pemilihan kata yang tidak menepati saranan Waterhouse
(1989) menyebabkan khalayak mengalami kekaburan dan kekeliruan makna, manakala
pembentukan ayat yang panjang dan mengandungi penerangan yang berlebih-lebihan
menyebabkan khalayak hilang tumpuan dalam membentuk pemahaman terhadap
kandungan rencana tersebut. Akhirnya, khalayak mengalami kesukaran untuk
memahami kandungan rencana dengan baik dan berkesan.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |