UPM Institutional Repository

Hubungan kepemimpinan pengajaran pengetua dan kepemimpinan guru dengan prestasi akademik sekolah menengah di Johor, Malaysia


Citation

Abu Bakar, Norasyikin (2016) Hubungan kepemimpinan pengajaran pengetua dan kepemimpinan guru dengan prestasi akademik sekolah menengah di Johor, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah meletakkan prestasi akademik pelajar sebagai agenda reformasi pendidikan yang berkualiti. Cabaran untuk meningkatkan prestasi akademik di sekolah secara berterusan memerlukan keupayaan kepemimpinan pengajaran pengetua dan kepemimpinan guru dalam organisasi sekolah kerana kepemimpinan adalah faktor yang penting dalam menentukan kejayaan sekolah yang mempunyai prestasi akademik sekolah yang tinggi. Kajian ini bertujuan menentukan tahap amalan kepemimpinan pengajaran pengetua dan amalan kepemimpinan guru di sekolah sekaligus mengenal pasti hubungan kedua–dua amalan kepemimpinan dengan prestasi akademik sekolah menengah di Johor. Instrumen yang digunakan untuk mengukur amalan kepemimpinan pengajaran pengetua di sekolah adalah PIMRS Versi Guru oleh Hallinger dan Murphy (1985; 2013). Manakala bagi mengukur amalan kepemimpinan guru, instrumen yang digunakan adalah Penilaian Kendiri Kepemimpinan Guru (TLSA) yang dibina oleh Katzenmeyer dan Katenmeyer (2004). Kajian ini melibatkan seramai 387 orang guru di 40 buah sekolah menengah harian di negeri Johor. Teknik persampelan yang dipilih adalah teknik persampelan rawak mudah. Kajian mendedahkan bahawa pengetua dan guru di negeri Johor telah melaksanakan semua amalan kepemimpinan pengajaran pengetua (min = 4.21 dan sp = 0.58) dan amalan kepimpinan guru (min = 4.28, SP = 0.43) pada tahap yang tinggi. Seterusnya, amalan kepemimpinan pengajaran pengetua dengan prestasi akademik sekolah menunjukkan hubungan positif signifikan pada tahap lemah dengan nilai r = 0.245 dan sig = 0.000 (p<0.05). Sementara itu, terdapat hubungan positif signifikan pada tahap lemah kepemimpinan guru dengan prestasi akademik sekolah dengan nilai r = 0.173 dan sig = 0.000 (p<0.05). Kajian ini konsisten dengan kajian lepas di mana kepemimpinan pengajaran pengetua dan kepemimpinan guru mempunyai hubungan yang signifikan positif dengan prestasi akademik sekolah. Namun, kekuatan hubungan antara kedua-dua kepimpinan tersebut dengan pencapaian akdemik sekolah berada pada tahap yang lemah. Ini berkemungkinan terdapat pemboleh ubah atau faktor yang lain sama ada langsung atau tidak langsung dalam meningkatkan prestasi akademik sekolah dan disarankan faktor tersebut dikenal pasti dan dijadikan agenda untuk kajian yang akan datang. Selain itu, kajian ini diharap dapat membantu pihak KPM, JPN mahupun PPD merancang dan menyediakan kursus perkembangan profesionalisma untuk pengetua dan juga guru di sekolah bagi meningkatkan prestasi akademik sekolah.


Download File

[img]
Preview
Text
FPP 2016 50 IR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Leadership - Johor - Malaysia
Subject: Teaching
Subject: Educational leadership
Call Number: FPP 2016 50
Chairman Supervisor: Ramli Bin Basri, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 19 Feb 2019 06:52
Last Modified: 19 Feb 2019 06:52
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67114
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item