UPM Institutional Repository

Hubungan antara dimensi kecerdasan emosi, spiritual dan fizikal dengan daya tahan dalam kalangan guru sekolah menengah


Citation

Osman, Mohd Salmi (2016) Hubungan antara dimensi kecerdasan emosi, spiritual dan fizikal dengan daya tahan dalam kalangan guru sekolah menengah. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Daya tahan merupakan faktor penyumbang kepada kejayaan seseorang guru untuk bertahan di dalam profesion keguruan. Masalah kurangnya daya tahan dalam kalangan guru boleh menjejaskan komitmen dan prestasi mereka sekiranya tidak diatasi. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji tahap daya tahan dalam kalangan guru sekolah menengah, serta hubungan kecerdasan emosi, kecerdasan spiritual dan kecerdasan fizikal dengan daya tahan dalam kalangan guru. Instrumen yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah kajian terdiri daripada Skala Daya Tahan Di Tempat Kerja (Resilience At Work Scale), Skala Kecerdasan Emosi (The Assessing Emotions Scale), Skala Kecerdasan Spiritual (Spiritual Involment And Beliefs Scales-Revised) dan Skala Kecerdasan Fizikal (Body Insight Scale). Instrumen ini telah dilengkapkan oleh 398 guru yang berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan di Sekolah Menengah Kebangsaan dalam Negeri Sarawak, yang telah dipilih dengan menggunakan kaedah Persampelan Kelompok Pelbagai Peringkat (Multistage Cluster Sampling). Dapatan kajian menunjukkan tahap daya tahan guru secara keseluruhan adalah tinggi (M = 4.64, SP = 0.503). Kajian turut mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap daya tahan berdasarkan faktor jantina dan lokasi (bandar dan luar bandar). Walau bagaimanapun, kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan tahap daya tahan berdasarkan pengalaman mengajar guru. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara kecerdasan emosi (r = 0.571**, p = 0.01), kecerdasan spiritual (r = 0.496**, p = 0.01) dan kecerdasan fizikal (r = 0.587**, p = 0.01) dengan daya tahan dalam kalangan guru. Berdasarkan kepada analisis Regresi Berganda, dapatan menunjukkan kecerdasan fizikal (β = 0.359, p = 0.001) merupakan peramal utama terhadap daya tahan dalam kalangan guru. Sebagai kesimpulan, kajian ini mendapati ciri psikologikal guru iaitu kecerdasan emosi, kecerdasan spiritual dan kecerdasan fizikal mempunyai hubungan yang positif dengan daya tahan guru. Justeru, ketiga-tiga ciri psikologikal ini perlu diberi perhatian untuk meningkatkan tahap daya tahan guru.


Download File

[img]
Preview
Text
FPP 2016 46 IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Teaching - Vocational guidance
Subject: Teaching
Call Number: FPP 2016 46
Chairman Supervisor: Maria Chong Abdullah, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 07 Feb 2019 04:13
Last Modified: 07 Feb 2019 04:13
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66864
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item