UPM Institutional Repository

Elemen bayan dalam amthal Rasullah s.a.w.


Citation

Hussin, Mohamad (2016) Elemen bayan dalam amthal Rasullah s.a.w. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis elemen bayan dalam amthal Rasululllah S.A.W. yang mengandungi unsur majaz dalam menerangkan sesuatu maksud. Sesetengah unsur majaz boleh menimbulkan permasalahan jika diabaikan elemen bayan di dalamnya. Oleh itu, sesuatu hadith itu perlu diinterpretasikan maknanya dengan tepat. Kajian mendapati kegagalan memahami makna hadith adalah disebabkan gagal memahami elemen bayan yang terdapat di dalamnya. Objektif kajian adalah bertujuan mengenal pasti elemen bayan yang terdapat dalam amthal Rasulullah S.A.W. Selain itu, kajian ini juga bertujuan meneliti dan menjelaskan makna nahu, konteks serta tema yang melatari amthal kajian. Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang menggunakan pendekatan bayan oleh „Atiq (1998), teori nazm al-Jurjaniy (1994) dan teori nazm al-Quran oleh „Abbas (1991) sebagai asas kajian. Kaedah analisis kandungan digunakan untuk meneliti teks secara tekstual dan kontekstual. Bahan kajian merupakan amthal Rasulullah S.A.W. yang terdapat dalam kitab-kitab himpunan amthal dan bersumberkan kitab Sahih al-Bukhariy dan Sahih Muslim. Hasil kajian ini akan dimanfaatkan untuk membantu bagi memahami amthal Rasulullah S.A.W. dengan lebih jelas, sesuai dengan elemen bayan yang digunakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa elemen bayan dalam amthal Rasulullah S.A.W. berfungsi menjelaskan perkara yang abstrak seperti gambaran syurga dan neraka untuk mendekatkan pemahamannya kepada pendengar. Selain itu, analisis dari sudut makna nahu mendapati Rasulullah S.A.W. menggunakan berbagai pendekatan dalam menyampaikan makna yang diingini seperti pengguguran frasa ayat, taqdim, ta’khir, pendekatan tamthil dan adaptasi kisah. Dapatan juga menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W. menggunakan pelbagai gaya bayan seperti tashbih, isti‘arah, majaz mursal dan kinayah untuk mengetengahkan tema yang berkaitan dengan akidah, akhlak individu, akhlak masyarakat, kewanitaan, kemanusiaan dan kebudayaan.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2016 52 IR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Qurʼan - Language, style
Subject: Proverbs, Arabic
Call Number: FBMK 2016 52
Chairman Supervisor: Mohd Sukki Othman, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 01 Feb 2019 00:58
Last Modified: 01 Feb 2019 00:58
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66804
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item