UPM Institutional Repository

Komunikasi interpersonal sebagai pengantara dalam hubungan penggunaan media massa dengan motivasi menjalani ujian calitan kanser serviks


Citation

Soo, Shey San (2016) Komunikasi interpersonal sebagai pengantara dalam hubungan penggunaan media massa dengan motivasi menjalani ujian calitan kanser serviks. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kanser jarang diperbualkan dalam kalangan rakyat Malaysia walaupun mereka menyedari bahawa kanser merupakan penyakit utama yang boleh menyebabkan kematian. Malahan, ujian calitan juga masih tidak dibincangkan secara terbuka terutamanya dalam kalangan orang Melayu yang menetap di kawasan luar bandar kerana ujian calitan dianggap sebagai tajuk perbualan yang sensitif. Hal ini bertambah serius apabila jururawat muda yang belum berkahwin yang berkhidmat di Klinik Desa juga berasa malu untuk membincangkan ujian calitan dengan pesakit luar bandar. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti peranan penggunaan komunikasi interpersonal untuk mendapatkan maklumat mengenai kanser serviks sebagai faktor pengantara dalam hubungan penggunaan media massa dengan motivasi untuk menjalani ujian calitan. Reka bentuk tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik yang berstruktur ditadbir sendiri oleh penyelidik. Pengedaran borang soal selidik dijalankan di empat buah klinik kesihatan iaitu Klinik Kesihatan Botanik mewakili daerah Klang, Klinik Kesihatan Seri Kembangan mewakili daerah Petaling, Klinik Kesihatan Jenjarom mewakili daerah Kuala Langat dan Klinik Kesihatan Dengkil mewakili daerah Sepang. Kajian melibatkan 476 orang responden wanita berumur antara 20 hingga 65 tahun yang diminta mengisi borang soal selidik sewaktu mereka sedang menunggu giliran masing-masing untuk mendapatkan rawatan di empat buah klinik kesihatan yang terpilih. Analisis data dijalankan dengan menggunakan perisian komputer SPSS versi 22.0. Hasil kajian mendapati tahap kepercayaan terhadap sumber interpersonal untuk mendapatkan maklumat kanser serviks adalah tinggi dibandingkan dengan tahap penggunaan komunikasi interpersonal untuk mendapatkan maklumat kanser serviks. Kajian ini mengesahkan perkaitan antara persepsi wanita terhadap kanser serviks dan ujian calitan dengan motivasi untuk menjalani ujian calitan. Kajian turut mengesahkan perkaitan penggunaan komunikasi interpersonal sebagai faktor pengantara untuk mendapatkan maklumat tentang kanser serviks dalam hubungan penggunaan media massa dengan motivasi untuk menjalani ujian calitan. Oleh itu, penyampaian maklumat dengan menggunakan pendekatan komunikasi secara interpersonal haruslah lebih kerap digunakan dalam penyebaran maklumat berkaitan dengan kanser serviks dan ujian calitan.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2016 45 IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Cervix uteri - Cancer
Subject: Interpersonal communication
Call Number: FBMK 2016 45
Chairman Supervisor: Prof. Abdul Mu'ati @ Zamri Ahmad, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 31 Jan 2019 08:01
Last Modified: 31 Jan 2019 08:01
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66788
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item