Citation
Supandi, Epha Diana
(2005)
Selang Peramalan Bayesan untuk Data Masa Hayat Pareto di Bawah Penapisan Jenis II.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian di dalam tesis ini adalah mengenai selang peramalan Bayesan bagi taburan Pareto. Dalam penapisan jenis II, andaikan dalam ujikaji terdapat n komponen, maka ujikaji akan diberhentikan setelah terdapat k komponen pertama didapati gagal (k < n). Peramalan bagi cerapan-cerapan hadapan (komponen sisaan) adalah dengan mengira berapa jangka masa yang diperlukan bagi komponen tersebut dari mulai beroperasi sampai mengalami kegagalan.
Masalah peramalan sering kali diselesaikan dengan pendekatan klasik (frequentist). Pendekatan ini memerlukan suatu kuantiti pangsian yang tepat atau sesuai. Walau bagaimanapun, taburan yang tepat bagi kuantiti ini sangat susah dikerjakan secara matematik dan mustahil untuk mendapatkan titik peratus yang tepat melalui pendekatan klasik dengan ertian secara analisis. Pendekatan Bayesan telah menarik perhatian, kerana melalui taburan prediktifnya masalah peramalan bagi cerapan hadapan dalam ujikaji mandirian dapat diselesaikan dengan lebih mudah.
Taburan Pareto telah diperkenalkan oleh Pareto pada tahun 1897 untuk taburan pendapatan. Taburan ini boleh digunakan dalam berbagai bidang terutamanya sangat sesuai di bidang sosio-ekonomi. Taburan Pareto yang digunakan pada penyelidikan ini juga dikenal dengan nama taburan Pareto klasik, di mana ianya dipengaruhi oleh dua parameter iaitu parameter bentuk (α) dan parameter skala (δ). Oleh kerana itu, ada tiga kes berbeza yang patut diperhatikan bagi taburan Pareto iaitu: kes pertama jika α tak diketahui tetapi δ diketahui, kes kedua jika α diketahui sedangkan δ tak diketahui dan kes ketiga jika α an δ kedua-duanya tak diketahui.
Fokus penyelidikan ini adalah mengenai ramalan selang masa hayat pada ketiga kes data bertaburan Pareto dengan menggunakan kaedah Bayesan. Ramalan selang yang akan dibina bagi masa hayat ke k+1 dan ke-n.
Berdasarkan pengamatan, kita dapat menyimpulkan bahawa batas bawah 95% dan 99% ramalan Bayesan bagi masa hayat ke-k+1 dan ke-n pada ke tiga kes taburan Pareto mempunyai nilai-nilai yang stabil, sebaliknya batas atas ramalan bagi masa hayat ke-k+1 dan ke-n tidak stabil.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |