UPM Institutional Repository

Integrasi Harga Dalam Pasaran Tuna Di Sumatera Barat, Indonesia


Citation

Junaidi (2005) Integrasi Harga Dalam Pasaran Tuna Di Sumatera Barat, Indonesia. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Objektif am daripada penyelidikan ini adalah untuk mengkaji integrasi harga dalam pasaran tuna di Sumatera Barat, Indonesia. Objektif khusus adalah: (1) untuk meneliti pola dan perhubungan harga antara pusat pasaran dan tahap pasaran, (2) untuk meneliti pasaran manakah yang memimpin harga, (3) untuk meneliti kewujudan aliran simetri harga antara tahap pasaran iaitu tahap agen, borong, dan runcit, (4) untuk meneliti implikasi polisi ke atas sistem pemasaran tuna. Metodologi yang digunapakai dalam kajian ini adalah model kointegrasi Johansen dan Juselius (1990), Model Pembaikan Ralat (ECM) [Granger (1986) serta Engle dan Granger (1987)], asirnetri harga (Boyd dan Brorsen (1988). Data yang digunapakai adalah data harian yang diperolehi daripada pusat lelong di Padang, Pariaman, dan Tiku Agam, dan pasaran wilayah Padang, Padang Panjang, Bukittinggi, dan Payakumbuh yang diperolehi dari Jabatan Kelautan clan Perikanan Sumatera Barat yang bermula dari tahun 1996 hingga tahun 2000 dengan jumlah pemerhatian 1 825. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pasaran lelong, wilayah, lelong-wilayah, dan lelong-wilayah (agen, borong, dan runcit) berkointegrasi. Model Pembaikan Ralat (ECM) menunjukkan kewujudan hubungan jangka pendek antara pusat pasaran di pasaran lelong, wilayah, lelong-wilayah. Perkara yang sarna diperhatikan antara tahap pasaran (agen, borong, dim runcit). Manakala dapatan kajian Model Pembaikan Ralat (ECM) antara harga lelong dengan harga diperingkat agen, borong, dan runcit membuktikan bahawa agen, borong, dan runcit memimpin harga pasaran lelong dalam jangka pendek. Asimetri harga dijumpai di beberapa pasaran, manakala harga simetri ditemui diseluruh pasaran. Agihan keuntungan yang tidak seimbang antara pengeluar, agen, dan pemborong, disebabkan oleh keuntungan yang besar diperolehi oleh pemborong disetiap pasaran wilayah. Situasi ini menyebabkan sumbangan cukai daripada sektor perikanan adalah rendah. Ia juga menyebabkan pembangunan sektor nelayan kecil yang lembab dimana sebahagian besar nelayan hiup dalam kemiskinan. Implikasi polisi yang terbaik adalah memperbaiki struktur pasaran dengan menggalakkan persaingan dan aliran harga pasaran yang licin dan cekap.


Download File

[img] Text
FEP_2005_4.pdf

Download (998kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: Tuna fisheries - Economic aspects - Sumatra (Indonesia) - Case studies
Call Number: FEP 2005 4
Chairman Supervisor: Professor Hj. Ishak Hj. Omar, PhD
Divisions: Faculty of Economics and Management
Depositing User: Nur Izzati Mohd Zaki
Date Deposited: 07 May 2010 08:37
Last Modified: 05 Jan 2023 07:45
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6059
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item